Komuniti Bebas Asap Rokok

4 Jun 2024

Tarikh : 9 Jun 2024 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 Tengah Hari
Tempat : PPR Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur
Poster : Download (jpg)


Anjuran :

  • Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
  • Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
  • Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar DBKL
  • Persatuan Penduduk PPR Beringin

Aktiviti :

  1. Pertandingan Futsal
  2. Pertandingan Bola Jaring
  3. Demonstrasi CPR
  4. Ujian Kumpulan Darah (percuma)
  5. Saringan Karbon Monoksida (percuma)
  6. Zumba oleh Zin ASZ
  7. Saringan Kesihatan Mental (percuma)
  8. Saringan PeKa B40
  9. Cabutan Bertuah
  10. Pameran Kesihatan Madani

Galeri : Komuniti Bebas Asap Rokok


Laporan Penuh : Komuniti Bebas Asap Rokok (pdf).

Laporan :

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM telah meluangkan masa menghadiri Program Mobile Community Services iaitu Inisiatif Komuniti Bebas Asap Rokok (IKBAR) pada 9 Jun 2024 bertempat di PPR Beringin, Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Program anjuran Unit Kesihatan Awam (UKA) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA) Fakulti Perubatan UKM mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Penduduk PPR Beringin, Klinik Allevia Sdn. Bhd. serta pihak Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK).

Objektif utama penganjuran program ini adalah mempromosikan kesedaran kesihatan terutamanya tentang bahaya merokok di kalangan masyarakat setempat, diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Azmawati Mohammed Nawi, Pakar Perunding Kanan, Unit Kesihatan Awam HCTM.

Seramai kira-kira 230 peserta telah hadir menyertai pelbagai aktiviti termasuk zumba, pertandingan cef cilik, pameran kesihatan, saringan kesihatan Peka B40, pemeriksaan ujian kumpulan darah, ujian saringan kesihatan mental, saringan karbon monoksida paru-paru, demonstrasi CPR dan pameran anti dadah. Kemuncak acara yang mendapat sambutan golongan remaja adalah pertandingan futsal dan bola jaring.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutupan yang disempurnakan oleh YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Rohaizat Hassan, Ketua Unit Kesihatan Awam HCTM & JPKA Fakulti Perubatan UKM mewakili Pengarah HCTM.

Sumber :

Search

+
Translate »