Karnival Warga Emas & Hari Bersama Komuniti Perumahan Awam Seri Sarawak

25 Oct 2025

Tarikh : 25 Oktober 2025
Hari :
Sabtu
Masa :
8:00 pagi – 1:00 petang
Tempat :
Perumahan Awam Seri Sarawak, KL


Dirasmikan Oleh :
YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin
Pengarah
Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM


Laporan Program : 

Karnival Kesihatan Warga Emas dan Hari Bersama Komuniti telah diadakan pada 25 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di Dataran Seri Sarawak, Kuala Lumpur bermula dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Program ini merupakan anjuran bersama Unit Kesihatan Awam Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Jabatan Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Persatuan Penduduk Seri Sarawak Kuala Lumpur (2010), dengan sokongan pelbagai agensi dan rakan strategik termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pejabat Kesihatan Lembah Pantai, Pejabat Kesihatan Cheras, Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Malaysian Relief Agency (MRA), Politeknik Metro Kuala Lumpur, Projek Pondok Rahmat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Antara pengisian utama program ialah dua sesi ceramah kesihatan yang disampaikan oleh pakar perubatan, iaitu ceramah bertajuk “Makan Untuk Sihat – Pemakanan Bijak Bagi Warga Emas Yang Mempunyai Masalah Kesihatan” oleh Dr. Ziti Akhtar dari HCTM dan “Kekal Tajam dan Cergas – Penuaan Sihat dan Pencegahan Demensia” oleh Prof. Madya Dr. Ponnusamy dari Fakulti Sains Kesihatan, UKM.

Program turut diserikan dengan aktiviti saringan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Lembah Pantai dan KOSPEN, program Ziarah Kasih ke rumah pesakit terlantar, pemberian bakul makanan sihat serta penyampaian pek jagaan kesihatan. Selain itu, pelbagai aktiviti interaktif dan pertandingan turut dijalankan seperti pertandingan futsal remaja, mewarna, mencari jentik-jentik, reka cipta barangan terpakai “Trash to Cash”, masakan sihat warga emas, serta demonstrasi makanan sihat mesra bajet oleh Politeknik Metro Kuala Lumpur. Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah turut mengadakan demonstrasi pemadaman api bagi tujuan pendidikan keselamatan.

Program diakhiri dengan acara pemotongan kek sempena sambutan Hari Warga Emas sebagai simbolik penghargaan kepada golongan warga emas di komuniti tersebut. Secara keseluruhan, pelaksanaan program ini berjalan lancar dengan penglibatan aktif pelbagai pihak serta sambutan positif daripada penduduk setempat. Program ini diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan warga emas di peringkat komuniti.

Anjuran Bersama :

  • Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
  • Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
  • Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Sarawak (2010)

Dengan Kerjasama :

  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
  • Pejabat Kesihatan Lembah Pantai
  • Pejabat Kesihatan Cheras
  • Politeknik Metro Kuala Lumpur
  • Malaysian Relief Agency (MRA)
  • Projek Pondok Rahmat
  • Balai Bomba Dan Penyelamat Jalan Hang Tuah
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat, WPKL

Aktiviti :

  • Pameran Reruai dan Aktiviti Interaktif
  • Saringan Kesihatan
  • Gotong Royong/ Cari Dan Musnah Aedes
  • Pertandingan Futsal Remaja
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Mencari Jantik-Jentik
  • Pertandingan Rekacipta Barangan Terpakai
  • Trash To Cash
  • Demonstrasi Makanan Sihat Mesra Bajet
  • Pertandingan Masakan Sihat Warga Emas
  • Pertandingan Interaktif
  • Reruai Jab Kebajikan Masyarakat WPKL
  • Demonstrai Pemadaman Api
  • Ceramah 1: Makan Untuk Sihat-Pemakanan Bijak Bagi Warga Emas Yang Mempunyai Masalah Kesihatan – Dr. Ziti Akhtar HCTM
  • Ceramah 2: Kekal Tajam Dan Cergas -Penuaan Sihat Dan Pencegahan Demensia – Prof Madya Dr. Ponnusamy (FSK, UKM)
  • Pemberian Bakul Makanan Sihat HCTM, Malaysian Relief Agency, Projek Pondok Rahmat
  • Program Ziarah Kasih (Lawatan Ke Rumah Pesakit Terlantar & Pemberian Pek Jagaan Kesihatan)\

Galeri : Karnival Warga Emas & Hari Bersama Komuniti Perumahan Awam Seri Sarawak – Unit Kesihatan Awam


Laporan : Karnival Warga Emas & Hari Bersama Komuniti Perumahan Awam Seri Sarawak – Unit Kesihatan Awam

Search

+
Translate »