Karnival Kesihatan & Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)
Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Tiub, Program Mini Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Kuala Muda (Siri 2) & Karnival Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia
Tarikh : 25 Mei 2024 (Sabtu)
Tempat : Surau Nurul Sakinah, Taman Lembah Bujang, Bedong, Kedah
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Anjuran :
- Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UKM
- Pejabat Kesihatan Kuala Muda, Kedah
- Yayasan Canselor UKM
- Unit Kesihatan Awam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)
- Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM
Aktiviti :
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
- Pertandingan Masakan Utara
- Fitness Challenge
- Senamrobik
- Trash to Cash
- Pameran Pemakanan Sihat
- Pameran Jom Kenali Ubat
- Pameran ANMS (Agenda Nasional Malaysia Sihat)
- Jom Berhenti Merokok
- Pemeriksaan Kesihatan
- Pemeriksaan Kumpulan Darah (Blood Group)
- Pameran Pencegahan Kanser (Usus & Servik)
- Pameran Pemanasan Global
Galeri : Karnival Kesihatan & Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)
Laporan :
Sabtu 25 Mei 2024
Unit Kesihatan Awam (UKA) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) & Jabatan Perubatan Kesihatan Awam (JPKA) Fakulti Perubatan UKM turut berkesempatan menyertai Program Karnival Kesihatan & Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bersempena Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub oleh Fakulti Sains & Teknologi & Yayasan Canselor UKM.
Program yang berlangsung pada 25 Mei 2024 di Surau Nurul As-Sakinah, Taman Lembah Bujang Fasa 4E, Bedong, Kedah Darul Aman telah dirasmikan oleh Encik Hamzah Alias, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Agensi, Takaful Ikhlas General Berhad.
Turut serta di dalam penganjuran program ini adalah pihak penaja Takaful Ikhlas General Berhad dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Muda.
Seramai kira-kira 250 peserta telah hadir bagi menyertai program saringan kesihatan yang dijalankan oleh pihak UKA dan PKD Kuala Muda. Antaranya adalah Pertandingan Chef Cilik, Pertandingan Masakan Menu Utara Sihat, Aktiviti Wellness Hub, ujian saringan kesihatan, kumpulan darah dan pameran kesihatan.
Program yang diadakan ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. ChM Dr. Ishak Ahmad, Dekan Fakulti Sains & Teknologi UKM, YBhg. Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, Pengarah Yayasan Canselor UKM, Dr. Farah Fatin Fauzi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, YBhg. Prof. Dr. Rozita Hod, Ketua Jabatan Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan UKM dan YBhg. Mejar Bersekutu (PA) Prof. Dr. Mohd Rohaizat Hassan, Ketua Unit Kesihatan Awam HCTM & JPKA Fakulti Perubatan UKM.
Sumber :
Laporan Penuh : Karnival Kesihatan & Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) (pdf).







