
Apa itu kesihatan mental?
Kesihatan mental mempengaruhi cara berfikir, perasaan dan tingkah laku seseorang dalam kehidupan seharian. Ia juga mempengaruhi bagaimana seseorang individu:
- Menguruskan tekanan dalam kehidupan
- Berhubung dengan orang lain
- Membuat keputusan yang baik
Kesihatan mental yang baik penting untuk kesejahteraan individu keseluruhan.
Masalah kesihatan mental:
- Keresahan : Kebimbangan atau keresahan yang melampau
- Kemurungan: Kesedihan berpanjangan
- Tekanan: Tekanan emosi yang melampau yang disebabkan oleh keadaan harian yang mencabar.
- Gangguan Bipolar: Perubahan emosi yang melampau antara gembira dan murung.
- Gangguan Tekanan Pasca Trauma (PTSD): Tekanan emosi selepas mengalami trauma
Tanda-tanda yang perlu diperhatikan:
- Menjauhkan diri daripada rakan dan aktiviti
- Perubahan pola tidur dan selera makan
- Kesukaran untuk menumpukan perhatian
- Kesedihan atau marah yang berterusan
- Kehilangan tenaga atau motivasi
- Terfikir untuk mencederakan diri sendiri
Tip untuk mengekalkan kesihatan mental:
- Amalkan kesedaran minda (mindfulness) dan teknik regangan (relaxation)
- Kekal aktif bersukan atau melakukan aktiviti fizikal
- Amalkan pemakanan seimbang
- Dapatkan tidur yang mencukupi
- Kekalkan hubungan dengan orang yang menyayangi anda
- Hadkan penggunaan alkohol dan jauhi bahan terlarang
- Dapatkan bantuan professional apabila diperlukan

Cara menyokong seseorang yang sedang mengharungi masalah kesihatan mental:
- Dengar tanpa menghakimi
- Galakkan individu itu untuk mendapatkan bantuan profesional
- Tawarkan bantuan atau sokongan yang dapat membantu di dalam kehidupan seharian
- Bersabar dan cuba memahami
- Selalu bertanya khabar
Sumber bantuan:
Befrienders Malaysia
- KL: 03-7956 8145 (24 jam)
- Ipoh: 05-547 7933 (4pm–11pm)
- Penang: 04-281 5161 (3pm–tengah malam)
Women’s Aid Organization (WAO)
- Hotline: +603-7956 3488
- SMS/WhatsApp (TINA): +6018-988-8058
Mental Illness Awareness & Support Association Malaysia (MIASA)
- Crisis Helpline: 1800 180 066
- Crisis Line : 03-9765 6088
Muat turun : Brosur (pdf)

