JEMPUTAN : Menyertai STEM RUN 2017

4 Oct 2017 ,

Dimaklumkan, Pusat Kejuruteraan Tisu akan menganjurkan `STEM CELL RUN 2017` bersemperna dengan Hari Kesedaran Sel Stem dan Perubatan Regeneratif, semua dijemput untuk menyertai. Borang penyertaan boleh diperolehi dari pautan yang disediakan atau penyertaan secara manual boleh dilakukan di Pusat Kejuruteraan Tisu (kaunter dibuka dari 8am-5pm). Penyertaan secara berkumpulan akan diberikan diskaun 10%.

Tarikh Acara : 04/11/2017
Masa Acara : Mula: 06:30 Pagi –  05:00 Petang
Tempat : TAMAN BOTANI PERDANA, KUALA LUMPUR
Url : https://stemcellrun2017.wordpress.com/

makluman_10.04 stemselrun

MAKLUMAN – Makluman “ORTHO RUN 2017 combined with OSTEOPOROSIS WALK”

Dimaklumkan bahawa Jabatan Ortopedik dan Traumatolgi, Fakulti Perubatan, UKM akan mengadakan program larian ORTHO RUN 2017 – ‘SAVE LIMBS, SAVE LIVES’ Combined with OSTEOPOROSIS WALK pada kenyataan berikut:

Nama Program : ORTHO RUN 2017 – ‘SAVE LIMBS, SAVE LIVES’ (Combined with OSTEOPOROSIS WALK)
Tarikh : 21 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa; 6.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Ruang antara Bangunan Pra-Klinikal dan UMBI, PPUKM

Penganjur : Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, PPUKM
Pengurus Acara : Running Project (The Ten Senses (M) Sdn. Bhd.)
Penyertaan : Penyertaan terbuka kepada umum

Kerjasama : Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM)

Pendaftaran Manual ORTHO RUN untuk Staff PPUKM/UKM boleh menghubungi:

ABDUL WAHID
emel: awah1372@gmail.com
telefon bimbit: 019-3712725
telefon pejabat: 03-9145 6019

Berlampir adalah makluman dari Jabatan Ortopedik & Traumatologi, HCTM PPUKM untuk semua warga HCTM PPUKM dan UKM

Sekian dimaklumkan.
JABATAN ORTOPEDIK & TRAUMATOLOGI

Lampiran: KETERANGAN LANJUT

maklumam_orthorun01

TAHNIAH – PPUKM mendapat ke-3 dalam Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2017

6 Jul 2017

Tahniah diucapkan kepada Abdul Rahman Bullah (Jab. Teknologi Maklumat),  Mohd Nasri Manja (Jab. Kewangan), dan Nahiz Waridi Adnan (Jab. Perkhidmatan Pemulihan Perubatan) kerana telah berjaya meraih tempat ke-3 (kategori Badan Kerajaan) dalam Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon 2017 yang telah diadakan pada 21 Mei 2017, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sebanyak 22 agensi kerajaan telah menghantar wakil untuk mengambil bahagian dalam acara ini.

Tahniah dan syabas diucapkan!

S__2687036

TAHNIAH – HCTM PPUKM Johan keseluruhan Sukan Staf Antara Gugusan 2017

9 Jun 2017 ,

Adalah dimaklumkan kejohanan sukan staf antara gugusan UKM 2017 telah berlangsung pada 12 Mei 2017 hingga 21 Mei 2017 di UKM Bangi. Tujuh gugusan telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah di adakan pada 23 Mei 2017 (Selasa) di Stadium UKM dan dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Bin Saad, Pengerusi LPU UKM. Sebanyak 26 acara telah dipertandingkan dan HCTM PPUKM telah memenangi 8 pingat emas, 6 pingat perak dan 5 pingat gangsa. HCTM PPUKM juga telah menjadi juara keseluruhan sekali lagi pada tahun ini dan juga juara keseluruhan enam tahun berturut-turut. Gugusan HCTM PPUKM telah menerima wang sebanyak RM 1,000.00 bagi juara keseluruhan. Senarai acara yang dimenangi di kejohanan sukan staf antara gugusan UKM 2017 adalah seperti berikut :

PINGAT EMAS
1. OLAHRAGA
2. BOLA JARING
3. SEPAK TAKRAW
4. DART
5. PING PONG CAMPURAN
6. FUTSAL WANITA
7. FUTSAL LELAKI
8. WOODBALL EKSEKUTIF

PINGAT PERAK
1. HOKI
2. CATUR
3. WOODBALL CAMPURAN
4. PETANQUE WANITA
5. BOLA TAMPAR PANTAI WANITA
6. BADMINTON

PINGAT GANGSA
1. BOLA TAMPAR LELAKI
2. BOLA TAMPAR PANTAI LELAKI
3. TENPING BOWLING LELAKI
4. TENPIN BOWLING PEREMPUAN
5. TARIK TALI

 

Search

+
Font Resize
Contrast