Tahniah – Dr Chin Kok Yong dari Jabatan Farmakologi atas kemenangan Young Investigator Award sempena konferens AFOS 2017

13 Oct 2017 ,

Tahniah kepada Dr Chin Kok Yong dari Jabatan Farmakologi, Pusat Perubatan UKM atas kemenangan beliau sebagai Young Investigator Award (Basic Science) dalam persidangan “The 5th Scientific Meeting of Asian Federation of Osteoporosis Societies 2017” (AFOS 2017) yang berlangsung di Hilton Hotel, Kuala Lumpur pada 6-8 Oktober 2017.

Tajuk pembentangan beliau ialah “The Effects of Testosterone Deprivation Induced by Buserelin and Orchidectomy on Bone in a Rat Model of Osteoporosis”.

Tahniah diucapkan.

tahniah_10.17 Dr.chin

TAHNIAH – Prof. Noor Hassim Ismail dan kumpulan penyelidikan RESTU

15 Sep 2017 ,

Tahniah di ucapkan kepada Prof. Dr. Noor Hassim Ismail dan kumpulan penyelidikan RESTU (Prof. Dr. Zaleha Md Isa, PM DR. Azmi Tamil, PM Dr. Hasni Jaafar dan Dr. Rosnah Ismail) kerana telah menerbit artikel dalam jurnal Lancet, Faktor Impak 47.831, Q1. Pensyarah yang terlibat daripada  Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, UKM.

Artikel:

  1. Fruit, vegetable, and legume intake, and cardiovascular disease and deaths in 18 countries (PURE): a prospective cohort study
  2. Association of dietary nutrients with blood lipids and blood pressure in 18 countries: a cross-sectional analysis from the PURE study

TAHNIAH – Prof. Dr. Srijit Das, Jabatan Anatomi

4 Jul 2017 ,

Sukacita dimaklumkan bahawa Prof. Dr. Srijit Das dari Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan telah memenangi ‘International Young Scientist Award’ dalam bidang dermatologi dalam ‘Phytochemical Society of Europe Meeting’ dan ‘Natural Products in Health, Agro-food and Cosmetics Conference’ yang diadakan di Lille, Perancis pada 28 Jun-1 Julai 2017.

Tahniah diucapkan!

tahniah_04.07 srijitdas

Search

+
Font Resize
Contrast