PEMAKLUMAN – Seminar on Modulating the trajectory of brain recovery after stroke

15 Aug 2017 , ,

Dimaklumkan, Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, PPUKM akan mengadakan seminar yang bertajuk “Modulating the trajectory of brain recovery after stroke” yang akan disampaikan oleh Dr Lin Kooi Ong dari The University of Newcastle, Australia. Taklimat berkenaan peluang untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut juga akan diadakan.

Maklumat lanjut berkenaan seminar tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 23 Ogos 2017 (Rabu)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Bilik Seminar Jabatan Farmakologi, Tingkat 17 Bangunan Praklinikal, PPUKM Cheras.

Semua adalah dijemput untuk hadir.

PROGRAM – Temuduga Ijazah Doktor Perubatan berjalan lancar

7 Jun 2017

CHERAS, 6 Jun 2017- Program Temuduga Ijazah Doktor Perubatan telah bermula pada hari ini bertempat di Tingkat 4-5, Pra-Klinikal PPUKM.  Temuduga dijalankan selama 3 hari sehingga Khamis dengan tujuan mengenal pasti calon yang benar-benar layak dan sesuai untuk mengikuti Program Ijazah Doktor Perubatan sesi 2017. Seramai 753 orang pelajar lepasan matrikulasi, STPM, diploma atau setaraf, A-Level, dan Asasi Pintar UKM yang terpilih telah dipanggil untuk menghadiri temuduga ini.

Calon akan dinilai daripada pelbagai sudut oleh panel temuduga yang terdiri daripada pensyarah UKM. Turut hadir dalam program ini ialah YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, Naib Canselor UKM. Beliau sempat berjumpa dengan penal-penal penemuduga dan urusetia program serta turut meluangkan masa bersama beberapa calon dan memberikan kata-kata semangat  sebelum sesi temuduga dijalankan. Hadir sama dalam program ialah Prof. Dr. Roslina Abd. Manap Timbalan Dekan (Prasiswazah dan Alumni) dan Prof. Dr. Sabarul Afian Mokhtar, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pembangunan).

Ibubapa pelajar yang hadir telah dibawa melihat persekitaran, kemudahan, dan perpustakaan perubatan dalam bangunan yang sama. Pusat Kembangan Pendidikan UKM juga hadir sepanjang aktiviti dijalankan untuk mempromosi program perubatan UKM-Universiti Padjajaran. Pada masa yang sama temuduga program Sarjana Muda Kejururawatan turut diadakan di Tingkat 5, Jabatan Kejururawatan Blok Pendidikan PPUKM.  Seramai 85 orang calon yang layak telah menghadiri temuduga berkenaan.

PEMAKLUMAN – Visa Dengan Rujukan (VDR) untuk pelajar posting elektif

11 Oct 2016 ,

Bermula 1 Ogos 2016, semua pemohon antarabangsa yang melibatkan posting elektif (melebihi 1 bulan) perlu memohon Visa Dengan Rujukan (VDR) sebelum memasuki Malaysia untuk tujuan pendidikan. Visa Dengan Rujukan (VDR) adalah visa yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara untuk bukan warganegara bagi membolehkan individu untuk masuk secara sah Malaysia. Visa diluluskan oleh Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia. Untuk memohon VDR, sila mengemukakan dokumen-dokumen berikut kepada mohdiqbal@ppukm.ukm.edu.my

a) Salinan / imbasan surat tawaran UKM untuk melakukan posting elektif beserta surat pengesahan dari institusi pelajar
b) Salinan / imbasan gambar berukuran pasport (latar belakang biru)
c) Salinan / imbasan semua halaman pasport semasa muka surat kosong (pastikan pasport mempunyai kesahan yang lebih daripada 12 bulan).
d) Sila nyatakan alamat pejabat Kedutaan Besar Malaysia / Suruhanjaya Tinggi / Konsulat terdekat di negara anda sendiri
e) Borang im-12-form yang telah dilengkapkan

Proses VDR biasanya akan mengambil masa 1 hingga 2 bulan.

Setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Imigresen Malaysia, kakitangan yang bertanggungjawab mohdiqbal@ppukm.ukm.edu.my akan email surat kelulusan VDR kepada anda. Sila dapatkan Single Entry Visa di Kedutaan / Konsulat Malaysia terdekat di negara asal anda dengan mengemukakan surat kelulusan VDR.

Nota : Pihak Imigresen tidak akan melayan sebarang permohonan posting elektif (melebihi 1 bulan) yang menggunakan pas sosial seperti sebelum ini. Pelajar yang masuk menggunakan pas sosial dikehendaki pulang ke negara asal untuk masuk semula ke Malaysia menggunakan VDR.

Search

+
Font Resize
Contrast