PROGRAM – Majlis Perasmian Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017

Majlis Perasmian Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017 telah diadakan pada 6 April 2017 bertempat di Lobi Utama, HCTM PPUKM. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Alergi, Jabatan Otorinolaringologi HCTM PPUKM dengan kerjasama rakan industri, Syarikat MENARINI. Majlis yang bermula pada 9.00 pagi telah dirasmikan oleh wakil Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM  YBhg. Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman.

Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017 ini dibuat bagi menyambut Minggu Alergi Sedunia yang diadakan pada bulan April setiap tahun oleh Organisasi Alergi Sedunia. Pada tahun ini, minggu alergi disambut pada 2-8 April 2017 dengan bertemakan “The Agony of Hives – What to do when hives and swelling don’t go away”.

Matlamat Hari Alergi Sedunia HCTM PPUKM adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pesakit-pesakit dan orang awam yang hadir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz mengenai alahan dan rawatannya. Makluamt disampaikan melalui ceramah, pameran, dan  saringan alahan. Saringan alahan yang dijalankan pada sambutan ini adalah percuma dan dijalankan dengan menjawab soal selidik dan ‘Skin Prick Test’. Orang awam yang mempunyai alahan tetapi belum mendapat rawatan akan segera dirujuk ke klinik berkenaan.

Majlis Perasmian Hari Strok Sedunia dan Pelancaran Aplikasi Strok Risk Co-Meter HCTM PPUKM

28 Oct 2016

Majlis Perasmian Hari Strok Sedunia dan Pelancaran Aplikasi Strok Risk Co-Meter HCTM PPUKM telah diadakan pada 27 Oktober 2016 yang lepas bertempat di Auditorium, Bangunan ASSC. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Hj. Azman bin Hj. Abu Bakar, Wakil Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Turut serta dalam sambutan ini ialah wakil Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah dan Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM PPUKM, Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy.

Strok adalah punca kematian yang ketiga terutama di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser, dan penyebab utama ketidakupayaan jangka panjang di Malaysia. Satu daripada enam orang dijangka akan mendapat strok sepanjang hayat mereka. 70% daripada pesakit strok akan mengalami keilatan yang teruk dan 30% akan mengalami ketidakupayaan yang kekal.

Strok memberi implikasi kepada bebanan ekonomi kesihatan negara disebabkan oleh kos rawatan di hospital, kehilangan punca pendapatan dan kos ubat-ubatan, perkhidmatan pemulihan dan kejururawatan. Berdasarkan statistik, seramai  45,000 orangdi Malaysia mengalami strok setiap tahun dan seramai 14,000 orang  pesakit meninggal dunia disebabkan strok setiap tahun. Menurut kajian, kos rawatan strok di negara ini sahaja (di hospital dan sebagai pesakit luar) dianggarkan sebanyak USD $ 76million setiap tahun. Beban strok terhadap ekonomi juga dianggarkan meningkat memandangkan peningkatan risiko seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, tahap kolesterol dan lemak yang tinggi dan gaya hidup tidak sihat yang semakin menular di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Jelas sekali keperluan untuk membangunkan strategi yang lebih berkesan dalam pencegahan strok  adalah meruncing. Ini kerana strok adalah penyakit yang boleh dicegah. Mengenalpasti dan merawat faktor risiko yang utama seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol yang tinggi penting untuk mencegah strok dan penyakit strok berulang. Kesemua langkah pencegahan perlu dilakukan secara berterusan dan dijadikan sebahagian daripada program pendidikan kesihatan bagi rakyat Malaysia.

Pihak UKM amat teruja untuk mengumumkan bahawa kini rakyat Malaysia boleh menggunakan aplikasi mudahalih StrokeRiskometer untuk memberi mempelajari tentang penyakitstrok dan cara pencegahannya. Ianya dibangunkan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Versi Bahasa Melayu aplikasi tersebut telah dibangunkan oleh Unit Neurologi,Universiti Kebangsaan Malaysia di bawah pimpinan Prof Datin Dr Norlinah Mohamed Ibrahim, melalui kerjasama dengan Prof Valery Feigin, pakar stroke epidemiology dari Auckland University of Technology (AUT), New Zealand. Aplikasi ini bukan sahaja dapat digunakan untuk menilai risiko strok seseorang individu dalam tempoh 5 dan10 tahun akan datang, malah menyediakan pendidikan berkenaan penyakit strok dan strategi untuk mengawal faktor-faktor risiko bagi setiap individu.

 

Ciri-ciri utama aplikasi Stroke Riskometer termasuk:

  • Diiktiraf oleh pertubuhan World Stroke Organization, iaitu organisasi terkemuka di dunia dalam memerangi strok, World Heart Federation, World Federation of Neurology dan European Stroke Organization
  • Versi Lite boleh dimuat turun menerusi sistem Android atau IOS, dan boleh dinaiktaraf kepada versi Pro untukmendapatkan maklumat dan video berkenaan cara mengawal risiko strok oleh pakar-pakar strok terkemuka, menyimpan dan menyemak penilaian risiko strok yang lepas dan opsyen untuk emel pengiraan risiko strok
  • Pengiraan risiko strok bagi setiap individu dalam tempoh 5 dan 10 tahun akan datang
  • Pemantauan risiko strok setiap suku tahun, setengah tahun dan setiap tahun
  • Boleh digunakan oleh individu berusia antara 20 tahun sehingga 90 tahun ke atas
  • Memberi maklumat mengena itanda-tanda amaran utama strok- M.A.T.A
  • Secara tidak langsung membantu dalam mengawal penyakit jantung dan nyanyuk disebabkan strok (vascular dementia)
  • Opsyen untuk menyertai kajian antarabangsa berkenaan epidemiologi strok iaitu RiBURST (data peribadi disimpan secara anonymous,sulit dan selamat dalam Pangkalan Data Pusat di Auckland University of Technology, New Zealand)

UKM juga berhasrat untuk mengetuai kajian klinikal untuk menentukan kesan pengurangan risiko strokdan penyakit strok terhadap beban ekonomi kesihatan negara melalui aplikasi ini.Tujahan utama kajianadalah untukmenangani 7 faktor gaya hidup tidaksihat yang menyumbang kepada penyakit strok, menggunakan soalselidik LS7. Pengurangan 1 mata pada LS7dijangka dapat mengurangkan kejadian strok di Malaysia sebanyak10% iaitu bersamaan dengan anggaran penjimatan sebanyak AS $ 7.6 juta setahun.

Menurut Prof Norlinah, “Kelebihan paling utama aplikasi Stroke Riskometer ini adalah ianya membolehkan pesakit mengambil inisiatif secara proaktif dan lebih bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan mereka. Ini adalah selaras dengan tema Hari Stroke Sedunia 2016 oleh Pertubuhan Strok Sedunia (World Stroke Organization): “Stroke is Treatable; Get Involved”. Bak kata pepatah “Mencegah itu lebih baik daripada merawat.”

PROGRAM – Majlis Makan Malam `Tautan Kasih` Disiplin Surgeri Jabatan Kejururawatan

16 Aug 2016

Program tahunan ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim dikalangan kakitangan Disiplin Surgeri, Jabatan Kejururawatan HCTM PPUKM. Majlis ini telah dirasmikan oleh Lt. Kol. (PA) Prof. Dr. Zulkifli Md Zainuddin, Timbalan Dekan/Timbalan Pengarah (Pembangunan) HCTM PPUKM dengan diiringi bersama Dr. Zainah Mohamed, Ketua Jabatan Kejururawatan HCTM PPUKM.

Bertemakan Tradisional Malaysia, majlis makan malam ini telah memartabatkan budaya masyarakat Malaysia dengan memperagakan pakaian tradisi rakyat disamping persembahan bercirikan budaya pelbagai kaum di Malaysia agar sentiasa dikenali oleh setiap lapisan masyarakat.

Sepanjang majlis makan malam ini, aktiviti dan persembahan yang diaturkan telah mencungkil bakat kakitangan dari aspek kesenian dan kebudayaan seperti lakonan, tarian dan nyanyian.

Jemputan Ke Syarahan Tokoh Penyelidikan Sempena Minggu Penyelidikan Perubatan & Kesihatan Ke-18

4 Aug 2016

Dimaklumkan bahawa Syarahan Tokoh Penyelidik sempena Minggu Penyelidikan Perubatan & Kesihatan Ke-18 adalah seperti berikut:

Syarahan oleh: YBhg. Profesor Datin Dr. Norlinah Mohamed Ibrahim (Ketua Jabatan Perubatan)
Tajuk Syarahan: Embracing Research as a Clinician
Tarikh: 8 Ogos 2016 (Isnin)
Masa: 8.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: Dewan Kuliah 2, Bangunan Praklinikal, Pusat Perubatan UKM.

Semua dijemput hadir.

20160803_DIGTAL WEB NORLINA-01

Search

+
Font Resize
Contrast