PROGRAM – Program Kesihatan Gelendangan UKM

26 Jan 2017

Kuala Lumpur, 20 Januari 2017- Pusat Perubatan UKM dan Fakulti Farmasi telah mengadakan Program Kesihatan Gelendangan UKM. Program ini telah mendapat kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan PERTIWI, NGO yang mengasas Projek Soup Kitchen. Program ini diadakan di Rumah Transit Gelendangan di Jalan Pahang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Hampir 50 orang gelendangan dan kakitangan bertugas mendapat rawatan dan perkhidmatan secara percuma dalam program ini. Objektif penganjuran program adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada golongan gelendangan, memberikan rawatan segera dan ubatan kepada yang memerlukan. Perkhidmatan ini juga diberikan kepada kakitangan yang bertugas di pusat transit tersebut. Program seterusnya ialah pemeriksaan kesihatan gigi yang akan di kendalikan oleh Fakulti Pergigian UKM. Dijangka pemeriksaan kesihatan gigi ini akan dijalankan pada bulan Februari.

PROGRAM – Program Komuniti UKM dan EPIC di perkampungan orang asli Kelantan

30 Sep 2016

Kelantan, 24 September 2016 – Program Komuniti UKM-EPIC anjuran UCTC UKM dan EPIC telah diadakan di Perkampungan Orang Asli Pos Gob, Gua Musang Kelantan selama 3 hari bermula 24-26 September 2016.

Antara aktiviti yang diaturkan ialah saringan kesihatan, sukaneka dan pertandingan bola sepak bersama orang asli, kenduri makan malam bersama orang asli, saringan kesihatan mata dan penyerahan sumbangan pakaian dan keperluan harian kepada penduduk kampung Tembaga dan Pos Gob.

Seramai 10 orang kakitangan PPUKM telah menyertai program ini untuk menjayakan program saringan kesihatan di perkampungan orang asli. Aktiviti saringan diselaraskan oleh HEJIM PPUKM dengan mendapatkan doktor, jururawat, kakitangan sokongan dan ubat-ubatan. Hampir 100 orang asli menjalani saringan kesihatan ini dan kebanyakkan mereka mempunyai masalah darah tinggi, selsema dan demam.

Objektif program diadakan dengan bertujuan untuk memberi perkhidmatan kesihatan, merapatkan hubungan silaturrahim dengan penduduk orang asli di sekitar Pos Gob, mengenali dengan lebih dekat kehidupan komuniti setempat, mendengar sendiri pemasalahan yang dihadapi olah masyarakat disana dan memberikan sumbangan pakaian dan makanan.Melalui lawatan dengan lebih dekat ini juga, UKM mengenalpasti modul pendidikan holistik untuk kanak-kanak prasekolah org asli yang boleh digunakan di masa depan. Modul pendidikan ini akan dilihat oleh oleh Fakulti Pendidikan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dengan kerjasama masyarakat kampung orang asli serta Sek. Keb. Tohoi.

Program Lawatan Khidmat Masyarakat Sempena Sambutan Hari Ibu dan Jururawat 2016

26 May 2016

Sempena menyambut Hari Ibu dan Jururawat, Pusat Khidmat Komuniti Bandar Tun Razak menganjurkan program khidmat masyarakat yang akan dilaksanakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Pusat Perubatan UKM. Program ini turut disertai oleh YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat untuk memberikan sumbangan kepada pesakit di Wad O&G 2A dan wad 2B. Program Lawatan Khidmat Masyarakat Sempena Sambutan Hari Ibu dan Jururawat 2016 telah diadakan pada 9 Mei 2016 yang lepas di Sukmaria, HCTM PPUKM.

Search

+
Font Resize
Contrast