MAKLUMAN – Makluman “ORTHO RUN 2017 combined with OSTEOPOROSIS WALK”

Dimaklumkan bahawa Jabatan Ortopedik dan Traumatolgi, Fakulti Perubatan, UKM akan mengadakan program larian ORTHO RUN 2017 – ‘SAVE LIMBS, SAVE LIVES’ Combined with OSTEOPOROSIS WALK pada kenyataan berikut:

Nama Program : ORTHO RUN 2017 – ‘SAVE LIMBS, SAVE LIVES’ (Combined with OSTEOPOROSIS WALK)
Tarikh : 21 Oktober 2017 (Sabtu)
Masa; 6.30 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Ruang antara Bangunan Pra-Klinikal dan UMBI, PPUKM

Penganjur : Jabatan Ortopedik dan Traumatologi, PPUKM
Pengurus Acara : Running Project (The Ten Senses (M) Sdn. Bhd.)
Penyertaan : Penyertaan terbuka kepada umum

Kerjasama : Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat (HEJIM)

Pendaftaran Manual ORTHO RUN untuk Staff PPUKM/UKM boleh menghubungi:

ABDUL WAHID
emel: awah1372@gmail.com
telefon bimbit: 019-3712725
telefon pejabat: 03-9145 6019

Berlampir adalah makluman dari Jabatan Ortopedik & Traumatologi, HCTM PPUKM untuk semua warga HCTM PPUKM dan UKM

Sekian dimaklumkan.
JABATAN ORTOPEDIK & TRAUMATOLOGI

Lampiran: KETERANGAN LANJUT

maklumam_orthorun01

JEMPUTAN – Program Latihan Hospital Lapangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan Program Latihan Hospital Lapangan akan dianjurkan oleh MERCY Malaysia dengan kerjasama HEJIM PPUKM dan Jabatan Ortopedik. Program ini sesuai dihadiri oleh profession perubatan seperti jururawat, doktor, surgeon dan lain-lain berkaitan. Kakitangan PPUKM, pelajar dan orang luar yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan merujuk lampiran dan poster di bawah. Sekian, terima kasih.

 

jemputan_hospitallapangan02 jemputan_hospitallapangan01

PROGRAM – Majlis Perasmian Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017

Majlis Perasmian Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017 telah diadakan pada 6 April 2017 bertempat di Lobi Utama, HCTM PPUKM. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Alergi, Jabatan Otorinolaringologi HCTM PPUKM dengan kerjasama rakan industri, Syarikat MENARINI. Majlis yang bermula pada 9.00 pagi telah dirasmikan oleh wakil Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM  YBhg. Prof. Dr. Ima Nirwana Soelaiman.

Sambutan Hari Alergi Sedunia 2017 ini dibuat bagi menyambut Minggu Alergi Sedunia yang diadakan pada bulan April setiap tahun oleh Organisasi Alergi Sedunia. Pada tahun ini, minggu alergi disambut pada 2-8 April 2017 dengan bertemakan “The Agony of Hives – What to do when hives and swelling don’t go away”.

Matlamat Hari Alergi Sedunia HCTM PPUKM adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pesakit-pesakit dan orang awam yang hadir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz mengenai alahan dan rawatannya. Makluamt disampaikan melalui ceramah, pameran, dan  saringan alahan. Saringan alahan yang dijalankan pada sambutan ini adalah percuma dan dijalankan dengan menjawab soal selidik dan ‘Skin Prick Test’. Orang awam yang mempunyai alahan tetapi belum mendapat rawatan akan segera dirujuk ke klinik berkenaan.

JARINGAN – Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Inisiatif Data Raya antara UKM dan MDEC

Kuala Lumpur, 26 Januari 2017- Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Inisiatif Data Raya antara UKM dan MDEC telah diadakan pada 26 Januari 2017 di Bilik Mesyuarat Lembaga, Pusat Perubatan UKM. Hadir dalam majlis ini ialah Naib Canselor UKM, YBhg. Prof. Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali, wakil Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ir. Dr. Karl Ng Kah How, Dekan Fakulti dan Pengarah HCTM PPUKM, Pengarah UMBI, Timbalan-timbalan dekan, ketua-ketua jabatan dan jemputan. Pemeteraian MoU bersama MDEC adalah ini adalah selama 3 tahun dalam Big Data Analytic yang merupakan salah satu usaha membangunkan Health Technopolis UKM.  Majlis yang serba ringkas tetapi bermakna ini berlangsung hampir 2 jam dan berakhir dengan sesi fotografi sebagai tanda bermulanya kerjasama bagi kedua-dua pihak.

Search

+
Font Resize
Contrast