Pengenalan Unit

Unit Fizik Perubatan diketuai oleh seorang Pakar Fizik Perubatan dan dibantu oleh 2 orang Pegawai Sains. Tanggunjawab utama unit ini adalah memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan yang terkandung dalam Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Hal ini selaras dengan peranan Ketua Jabatan Radiologi sebagai Pemegang Lesen (OBTL). Unit Fizik Perubatan bersedia memberi kepakaran dan perundingan dalam hal-hal berkaitan perlindungan sinaran, keselamatan radiasi, krisis dan bencana seperti kemalangan radiologikal di tempat kerja, spesifikasi peralatan pelindungan diri, spesifikasi dan standad piawaian bilik pemeriksaan X-ray, pelupusan radas penyinaran dan sisa bahan radioaktif serta penganjuran pembelajaran secara berterusan (CME) berkaitan perlindungan sinaran dan Akta 304 kepada pekerja sinaran di HCTM.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Perkhidmatan

  1. Menguruskan dan memastikan Ujian Kawalan Mutu (QC) radas penyinaran yang berdaftar dalam lesen KKM dijalankan secara berkala setiap tahun dan keputusan ujian yang dilaksanakan menepati piawaian (standard) yang ditetapkan KKM.
  2. Menguruskan dan memastikan setiap pekerja sinaran yang bedaftar menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala serta menyerahkan salinan APC dan CME setiap tahun untuk tujuan rekod.
  3. Menguruskan dan memastikan ujian kalibrasi peralatan fizik seperti meter tinjau dan dosimeter poket dijalankan oleh Agensi Kelas H.
  4. Terlibat sebagai ahli Jawatankuasa dalam penilaian teknikal dan spesifikasi dalam pembelian radas penyinaran dan bahan radioaktif serta memberi khidmat nasihat kepada jabatan/pusat/unit dalam aspek perlindungan sinaran semasa bekerja.
  5. Menjadi pusat rujukan dalam analisa dos dedahan radiasi melibatkan penggunaan TLD, dosimeter poket dan meter tinjau dan bersedia member perkhidmatan bantu mula jika berlaku kemalangan radiologikal di tempat kerja.
  6. Unit yang bertanggungjawab menyediakan dan melaksanakan Program Perlindungan Sinaran di peringkat HCTM.
  7. Memberi perkhidmatan Ujian kebocoran pada gaun plumbum secara berkala memastikan peralatan perlindungan diri selamat digunakan.
  8. Memberi khidmat kepakaran dalam hal ehwal pelupusan radas penyinaran dan bahan radioaktif mengikut prosedur dan kaedah yang betul serta pengawasan bahan sisa radioaktif diselia di jabatan/pusat/unit yang terlibat.
  9. Bertindak sebagai Koordinator Krisis (KK) jika berlaku krisis dan bencana di Pusat Perubatan UKM seperti kemalangan radiologikal di tempat kerja, tumpahan sisa radioaktif dan sebagainya.
  10. Memastikan adanya komunikasi dan jaringan kerjasama antara semua jabatan/pusat/unit yang memerlukan khidmat nasihat dan panduan daripada Pegawai Sains (Fizik) dalam memberi perkhidmatan kepakaran dan perundingan.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Unit Fizik Perubatan boleh dihubungi melalui:
Dr. Mohamed Ariff
Telefon: 03-9145 6173
Fax: 03-9145 6682