Seminar Perlindungan Sinaran UKM 2025 (RPS UKM 2025) – Tema: Advanced Breast Imaging
Seminar RPS UKM 2025 pada kali ini membawakan tema Pengimejan Payudara Termaju sebagai program tahunan yang diadakan untuk memenuhi syarat perlesenan radas penyinaran dan bahan radioaktif di HCTM. Para penceramah yang berwibawa dari HCTM, Hospital Putrajaya dan KKM yang pakar di dalam bidang ini telah berkongsi ilmu dengan lebih dari 100 peserta tahun ini.
Jumlah peserta bengkel pada tahun ini ialah seramai 133 orang. Bengkel ini telah disertai oleh kakitangan Radiologi HCTM dan FPER UKM, pelajar-pelajar Doktor Pakar Radiologi UKM dan pekerja-pekerja sinaran dari unit-unit yang mengendalikan radas penyinaran atau bahan radioaktif. Ia juga telah menerima peserta dari hospital/institusi luar UKM iaitu;
- Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL)
- Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Hospital Al Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam
- Hospital Sultan Idris Shah, Serdang
- Hospital Putrajaya
- Malaysian Society of Radiographers

