Pra-audit MSQH Jabatan Radiologi HCTM
Pra-audit MSQH Jabatan Radiologi HCTM telah diadakan pada:
Tarikh: 1 Julai 2022
Hari: Jumaat
Masa: 10.00 pagi
Akreditasi MSQH ini adalah kaedah yang digunakan bagi memantau dan mengukuhkan perlaksanaan ‘good governance’ dan ‘good clinical governance’ dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada pesakit.
Ia merupakan satu proses ke arah meningkatkan perkhidmatan kesihatan yang optima dengan menggunakan sumber yang sediada. Memberi penekanan dan fokus kepada penambahbaikan berterusan, mempromosikan serta menyebarkan maklumat berkaitan Keselamatan Pesakit dan Budaya Kualiti bagi sesebuah jabatan atau organisasi.
Audit sebenar akan dijalankan pada bulan oktober 2022.

