Majlis Perasmian Unit dan Mesin CT Scan Jabatan Radiologi dan Majlis Menandatangani MOU antara UKM dan Toshiba
Majlis Perasmian Unit dan Mesin CT Scan Jabatan Radiologi dan Majlis Menandatangani MOU antara UKM dan Toshiba telah diadakan pada:
Tarikh: 19 September 2017
Hari: Selasa
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Pusat Perubatan UKM.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim bin Saad, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM. Turut hadir bersama didalam majlis ini adalah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Imran Ho Abdullah, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat yang mewakili YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan bin Ghazali, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia. Prof. Dr Zaleha Abdullah Mahdy, Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah HCTM PPUKM turun hadir menyempurnakan majlis menandatangani MOU antara UKM dan Toshiba.
Majlis dimulakan dengan lagu negaraku. Diikuti dengan bacaan doa oleh penolong pegawai pusat islam. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Prof. Dr Zaleha Abdullah Mahdy dan ucapan perasmian oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim bin Saad.

