Lawatan kerja dari Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu
Lawatan kerja dari Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu ke Jabatan Radiologi HCTM PPUKM telah di adakan pada:
Tarikh: 7 September 2017
Hari: Khamis
Tempat: Jabatan Radiologi HCTM PPUKM
Tujuan lawatan diadakan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti MS ISO dan Kumpulan Inovatif dan Kreatif di Jabatan Radiologi PPUKM. Seramai 17 orang kakitangan dari HSA yang terdiri dari pelbagai disiplin perubatan telah melawat Jabatan Radiologi.