Kejohanan Bowling Jabatan Radiologi PPUKM 2017
Kejohanan Bowling Jabatan Radiologi PPUKM 2017 telah di adakan pada:
Tarikh: 9 September 2017
Hari: Sabtu
Tempat: Megalanes, Indah Parade, Kuala Lumpur.
Kejohanan pada kali ini telah mencapai objektifnya apabila semua kakitangan yang mengambil bahagian telah berjaya menunjukkan semagat berpasukan dan kerjasama diantara mereka. Kategori lelaki dimenangi oleh En. Mazli Mohamad Zin dan kategori wanita di menangi oleh Pn. Shahirah Shaferi. Bagi kategori berpasukan, kumpulan yang dianggotai oleh En. Mohd Azrul, Pn Nazurai, En. Saiful Azri, Dr Afif dan En Hafiz telah memenangi tempat pertama. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kejohanan yang menjadi aktiviti tahunan bagi Jabatan Radiologi ini telah berjaya dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi PPUKM.