Hari Kualiti HCTM 2025 – Tahniah Diucapkan Kepada Dua Warga Jabatan Perkhidmatan Radiologi

12 Nov 2025

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada dua orang staf Jabatan Radiologi HCTM atas kejayaan cemerlang meraih tempat kedua (naib juara) Program Explorace di samping memenangi hadiah cabutan bertuah. Kejayaan ini mencerminkan semangat kerjasama, daya saing serta komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Semoga pencapaian membanggakan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dan inspirasi kepada seluruh warga Jabatan Radiologi HCTM.

Majlis telah berlangsung dengan jayanya pada 12 November 2025 (Rabu) bertempat di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+