Bengkel Penambahbaikan & Pemantapan Sistem RMIIS HCTM 2025
Bengkel Penambahbaikan & Pemantapan Sistem RMIIS HCTM telah dilaksanakan pada 8 hingga 9 Oktober 2025 bertempat di Komune Living & Wellness Hotel dengan penglibatan Jabatan Perkhidmatan Radiologi dan Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) HCTM. Bengkel ini bertujuan untuk menilai keberkesanan sistem RMIIS sedia ada serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan bagi memperkukuh pengurusan maklumat radiologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah terlibat dalam sesi perbincangan dan pertukaran pandangan secara kolaboratif yang merangkumi aspek operasi Jabatan Radiologi, keperluan teknikal sistem, aliran kerja pengguna serta hala tuju pembangunan sistem Radiology Information System (RIS) yang lebih moden dan bersepadu. Penglibatan BTM HCTM telah membantu menyelaraskan keperluan klinikal dan teknikal sejajar dengan agenda transformasi digital HCTM dan UKM.
Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta menjadi platform penting bagi memperkukuh kerjasama antara Jabatan Radiologi dan BTM HCTM dalam perancangan dan pelaksanaan penambahbaikan sistem maklumat radiologi secara berfasa dan mampan.
