Program One Stop Center (OSC) Kesejahteraan Social & Hari Bersama Komuniti Bandar Tun Razak

15 Nov 2025

Jabatan Radiologi, Jabatan Perubatan Kecemasan dan Unit Neurologi Jabatan Perubatan HCTM telah membuka reruai ‘Program Komuniti Pengimejan dan Intervensi Strok’ sempena Program One Stop Center Kesejahteraan Sosial & Hari Bersama Komuniti pada 15 November 2025, 9.00 pagi di Dewan Tempat Letak Kereta Bertingkat Seri Sabah, Parlimen Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur. Program One Stop Center di PPR Sri Sabah telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail.

Reruai Program Komuniti Pengimejan dan Intervensi Strok bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pengurusan strok akut, dari simptom pertama hingga rawatan yang komprehensif. Reruai interaktif ini mempamerkan proses dan pendekatan terkini dalam diagnosis dan rawatan strok, serta memberikan pengetahuan berkenaan kepentingan masa dalam pengurusan strok melalui pendekatan “Time is Brain.”

Hadir memberikan sokongan YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM, YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi, dan Sokongan), YBrs. Prof. Madya Dr. Faizah Mohd Zaki, Ketua Jabatan Perkhidmatan Radiologi HCTM, dan Dr. Zuraidah Che’ Man,
Ketua Unit Kesihatan Awam.
#HCTM #UKM #BetterFasterFriendlier

 

Petugas Bersama Pengunjung   

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+