
Pengenalan
Selaras dengan hasrat memberikan perkhidmatan radiologi yang berkualiti, selamat, berorientasikan pesakit, efisien dan kos efektif, Jabatan Perkhidmatan Radiologi dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat Kampus KL telah mula menggunakan Sistem Pictures Archiving and Communications System (PACS) yang berkonsepkan perkhidmatan filmless (hospital tanpa filem) semenjak 1 Ogos 2007 sehingga kini.
Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi terkini, Sistem PACS ini senantiasa melalui fasa penambahbaikan dan penaiktarafan bagi memenuhi keperluan semasa di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia. Sejajar dengan itu, Jabatan Perkhidmatan Radiologi telah memperolehi Sistem PACS baru bagi menggantikan sistem PACS sedia ada yang telah usang. Oleh yang demikian, pendedahan mengenai pelaksanaan sistem PACS baru ini perlu dimaklumkan kepada semua kakitangan kerana sistem ini akan mula di gunakan mulai 1 Januari 2023.
System PACS yang baru ini dikenali sebagai Synapse yang dibekalkan oleh Syarikat Fuji untuk menggantikan sistem Medweb yang telah digunakan sejak 1 Ogos 2007. Ianya telah diperolehi melalui proses tender yang telah dibuka pada tahun 2022. Penukaran sistem ini adalah pada masa yang sesuai kerana sistem sedia ada terlalu usang, perisian yang tidak menggunakan teknologi terkini dan sering menghadapi masalah.
Persediaan pelaksaan pertukaran sistem
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Proses Kerja (Workflow) capaian image PACS melalui Sistem C-HetS dan Synapse 5.7
- Capaian imej radiologi pesakit melalui antaramuka C-HEtS (http://his.hukm.ukm.my/) dengan menggunakan menu REQ > View All Result.
- Pengguna hanya perlu memasukkan MRN pesakit di ruangan MRN bagi memaparkan senarai pemeriksaan dan imej.
- Tekan ENTER atau pilih View Other Result untuk memaparkan senarai imej secara pemeriksaan spesifik atau imej pesakit secara keseluruhannya.
- Proses pertukaran sistem akan bermula dari 30 Disember 2022. Penggunaan sepenuhnya sistem ini secara rasmi akan bermula pada 1 Januari 2023.
- Sekiranya terdapat masalah teknikal daripada segi capaian Sistem C-HetS atau Sistem PACS Synapse:
Sila buat aduan secara online melalui laman sesawang https://aduanit.ppukm.ukm.my/
ATAU
hubungi 03-9145 5300/ 5301 (Isnin-Jumaat; jam 7.30am -5.30 pm). Selepas waktu pejabat 019-293 4521 @ 019-291 2583 - Sekiranya terdapat masalah untuk capaian imej yang belum selesai proses migrasi (2019 dan sebelumnya) pada permulaan pelaksanaan Sistem Synapse iaitu pada awal Januari 2023, sila hubungi Unit PACS Jabatan Perkhidmatan Radiologi di talian 03-9145 6382. Pihak Unit PACS akan menghantar imej tersebut ke dalam Sistem Synapse (upon request).
- Proses migrasi (pindahan imej) akan berterusan sehingga semua imej didalam sistem Medweb berada di dalam Sistem Synapse. (Dijangka berakhir pada penghujung Disember 2023 atau lebih awal.)
Panduan ringkas capaian PACS

…………………………………………………………………………………………………………………………………
Kelebihan Synapse
- Teknologi paparan imej terkini – akses imej yang lebih pantas (tanpa perlu muat turun imej)
- Paparan imej secara MPR (Multi Planar Reconstruction) yang pantas dan mudah
- Antaramuka yang mudah (simple interface) dan mesra pengguna
- Fungsi penuh PACS melalui menu secara RIGHT CLICK
- Kesediaan ‘keyboard shortcut‘ yang mudah digunakan
- Akses mudah dari sistem C-Hets (Single sign on)
- Kawalan skuriti capaian yang mematuhi audit trail
- Mematuhi Medical Device Authority (MDA)
- Sistem tersedia untuk teknologi dan kemaskini akan datang
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Synapse 5 – Lima cabaran. Satu penyelesaian.
- Perlukan kelajuan. Apabila keperluan data terus berkembang, Jabatan Radiologi berada di bawah tekanan untuk menyediakan imej dengan pantas atas permintaan. Cabarannya adalah untuk menjadi pantas tanpa mengorbankan prestasi.
- Beban pada IT. Set data yang lebih besar dengan pengimejan terkini (seperti kajian tomosintesis Mamografi) menjadi lebih biasa, meningkatkan penggunaan lebar jalur dengan ketara.
- Kemudahan perubatan bergabung, menghasilkan lebih banyak desktop untuk diuruskan dalam organisasi yang lebih besar. Cabarannya ialah untuk mengatasi trend yang semakin meningkat ini—tegangan lebar jalur, kelajuan berkurangan dan overhed yang lebih besar.
- Perlukan rangka kerja Pengimejan. Pentadbiran klinikal & IT berhadapan dengan permintaan pengimejan yang semakin meningkat daripada penyatuan organisasi dan keperluan khusus yang unik. Cabarannya ialah untuk menyediakan bukan sahaja utk dipaparkan, tetapi penyelesaian organisasi yang menawarkan platform informatik pengimejan yang dibina untuk menyokong aliran kerja DICOM & bukan DICOM.
- Direka untuk meningkatkan kecekapan pengguna. Penyedia penjagaan kesihatan sentiasa berusaha untuk memberikan hasil klinikal yang terbaik. Misi itu terikat secara tidak boleh ditarik balik kepada produktiviti yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Cabarannya ialah untuk mencari penyelesaian yang membantu pengguna bekerja dengan berkesan dan cekap.
Sinaps 5 ialah cara terpantas untuk menangani cabaran ini. Ia adalah pelayan generasi yang akan datang yang membolehkan akses segera set data besar menggunakan pelayar internet paling popular dengan sekurang-kurangnya separuh daripada lebar jalur data.
Maklumat lanjut https://synapse-emea.fujifilm.com/synapse-5.html
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Paparan Synapse

…………………………………………………………………………………………………………………………………
Dokumen untuk di muat turun
Surat kebenaran pelaksanaan PACS
Slide taklimat pelaksanaan PACS
Manual paparan imej radiologi melalui Sistem C-HetS
Panduan ringkas capaian/ paparan imej Sistem PACS (Panduan ringkas untuk cetakan dan dipamirkan jika perlu)
Panduan Pantas Synapse 5.7 (Quick Guide Synapse 5.7)
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Video rakaman taklimat PACS
* Sila tunggu sebenar untuk video distreamkan dalam pelayar internet anda. Video perlu di muat turun terlebih dahulu jika ada masalah paparan.
Fasa akhir pelaksaan pertukaran sistem

…………………………………………………………………………………………………………………………………
Maklumbalas
Borang maklumbalas Sistem PACS Synapse
Email: pacshctm@ppukm.ukm.edu.my
…………………………………………………………………………………………………………………………………
Aduan/ maklumat lanjut dan permasalahan
- Masalah teknikal daripada segi capaian Synapse PACS:
Aduan secara online https://aduanit.ppukm.ukm.my/ (lampirkan screenshot sistem)
ATAU
Hubungi 03-9145 5300/5301 (Isnin-Jumaat; jam 7.30am -5.30 pm). Selepas waktu pejabat 019-293 4521 @ 019-291 2583 - Masalah mengenai imej Synapse PACS: Hubungi Unit PACS di talian 03-9145 6382.