Visi Jabatan

Beraspirasi menjadi Jabatan yang terkehadapan dalam Pendidikan Radiologi, Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik dengan peralatan diagnostik dan pengimejan yang tercanggih.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Misi 

  • Memberi perkhidmatan radiologi yang berkualiti, selamat, berorientasikan pesakit, efisyen dan kos efektif.
  • Membudayakan pembelajaran perubatan berterusan termasuk latihan dan penyelidikan dalam bidang radiologi.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Pelanggan Jabatan

  • Terdiri daripada pesakit dalam (pesakit wad) dan pesakit luar (pesakit dari klinik ppukm, klinik luar serta hospital lain).
  • Ianya juga termasuk waris dan kakitangan yang berurusan dengan jabatan radiologi secara langsung dan tidak langsung.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Objektif Jabatan

  • Memberi perkhidmatan diagnosis dan rawatan kepada pelanggan.
  • Menyokong usaha universiti melahirkan lebih banyak pelajar yang cemerlang, doktor-doktor pakar dan tenaga-tenaga pengajar baru.
  • Memberi sumbangan kepakaran terhadap kesihatan masyarakat.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Piagam Pelanggan Jabatan

  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan efisyen kepada pelanggan.
  • Mengeluarkan laporan pemeriksaan radiologi dalam masa yang tercepat.
  • Mengamal prinsip alara sewaktu menjalankan pemeriksaan radiologi.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Petunjuk Prestasi Jabatan

  • Masa pesakit menunggu untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dan ultrasound dalam tempoh 1 jam tidak kurang dari 95%.
  • 90% laporan pemeriksaan khusus dikeluarkan dalam masa 2 hari bekerja bagi pesakit dalam dan 7 hari bekerja  bagi pesakit luar.