Pengenalan 5S

Jawatankuasa 5S diwujudkan untuk menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan 5S di peringkat Jabatan Radiologi. Peranan utama jawatankuasa ini adalah untuk menyelaras 5S di Jabatan Radiologi. Jawatankuasa ini berperanan bagi memastikan kesinambungan aktiviti 5S di Jabatan Radiologi sentiasa cemerlang dan berterusan. 5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan.

5S merupakan singkatan kepada perkataan Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal). Aktiviti 5S di Jabatan Radiologi disokong oleh aktiviti Kaizen yang berasal dari bahasa Jepun yang bermaksud “perubahan kepada yang lebih baik”. Kaizen mula dikenali atau digunakan tidak lama selepas Perang Dunia II apabila AS menghantar beberapa penasihat untuk membantu negara Jepun membina semula ekonomi mereka, salah seorang penasihat ialah Dr Deming yang sering dikreditkan dengan idea-idea bagaimana Kaizen itu tercipta kerana beliau ada menyatakan “cara untuk sentiasa meningkatkan sistem pengeluaran dan perkhidmatan secara berterusan ialah dengan meningkatkan kualiti dan produktiviti, seterusnya dapat membantu kepada penjimatan kos”.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Peranan Jawatankuasa 5S

Jawatankuasa 5S berperanan seperti berikut:

  • Menyelaraskan aktiviti 5S di Jabatan Radiologi.
  • Membantu kakitangan didalam aktiviti Kaizen.
  • Mewujudkan suasana yang persekitaran yang sihat di jabatan.

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Ahli Jawatankuasa 5S Jabatan Radiologi

Fasilitator:

  1. Pn. S. Elavarasi Selvarajah
  2. Pn. Nadiatul Zaireen Mohd Tahar

Ketua-ketua Zon 5S:

Nama Zon Ketua
Cosmic Pn. Farhana Idayu Mamat
Sonic Pn. Norhafizan Nordin
Mikro Pn. Azleena Alias
Gamma Pn. Suhaile Mukhtar
Infra En. Suhaimi Mustafa Albakri
Ultra Pn. Azmira Ahmad
Alfa Pn. Siti Farizwana
Beta Pn. Tanty Norlia

…………………………………………………………………………………………………………………………………

 

Jawatankuasa 5S Jabatan Radiologi boleh dihubungi di:

Emel: selavarasi28@gmail.com
Telefon: 03-9145 6917
Fax: 03-9145 6682