Perkhidmatan

Wad Onkologi Tengku

Ampuan Afzan

Perkhidmatan

Klinik Radioterapi

dan Onkologi

Perkhidmatan Unit Jagaan Harian Onkologi

(Memberikan Rawatan Kemoterapi kepada pesakit)

Perkhidmatan Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi.

(Memberikan Rawatan Radioterapi kepada pesakit)

 


Perkhidmatan Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan

 

Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan merupakan wad yang menempatkan pesakit-pesakit kanser. Wad Onkologi berfungsi seperti wad biasa dan juga memberi perkhidmatan khusus terutamanya :-

  • Rawatan kemoterapi
  • Penjagaan Paliatif – Rawatan berdasarkan kepada rawatan simptomatik dan penjagaan diri
  • Perawatan Brakiterapi- Penjagaan pesakit yang mengalami prosedur brakiterapi di Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi.

 

Perkhidmatan Klinik Radioterapi dan Onkologi

Klinik Radioterapi dan Onkologi menyediakan perkhidmatan kepakaran perawatan kanser yang terbahagi kepada beberapa kategori iaitu :-

  • Klinik Umum
  • Klinik Thyrotoxicosis
  • Klinik Payudara
  • Klinik GIST
  • Klinik ENT Combine

 

 Perkhidmatan Unit Rawatan Harian Onkologi

Unit Rawatan Harian Onkologi menyediakan perkhidmatan :-

  • Kaunseling kepada pesakit dan ahli keluarga mengenai penyakit dan perawatan kemoterapi
  • Rawatan kemoterapi ambulatori
  • Transfusi darah dan supportif pesakit
  • Pengambilan darah, ‘dressing’ dan spesimen-spesimen yang berkaitan

 

 Perkhidmatan Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi

Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi menyediakan perkhidmatan seperti :-

  • Memberi rawatan proses simulasi dan perancangan rawatan radioterapi
  • Memberi rawatan radioterapi ‘external’ dengan menggunakan Mesin Pecut Linear
  • Memberi rawatan brakiterapi dengan menggunakan Mesin Brakiterapi