
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Kanser Negara (MAKNA) telah berkerjasama melalui satu Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani pada 25 Mei 1999 dan tamat pada 24 Mei 2001. Sehubungan dengan itu, pihak UKM dan MAKNA tersebut telah memperbaharui semula kerjasama tersebut melalui Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani pada 13 Oktober 2009 dan telah tamat pada 12 Oktober 2014. Memorandum Persefahaman yang seterusnya telah berkuatkuasa pada 13 Oktober 2014 dan tamat pada 12 Oktober 2019. Setelah itu, Memorandum Persefahaman yang seterusnya telah berkuatkuasa pada 13 Oktober 2019 dan akan tamat pada 12 Oktober 2024 nanti.
- Hasil daripada kerjasama yang dijalankan, UKM dan MAKNA berjaya menubuhkan Pusat Kanser HCTM-MAKNA yang bertempat di HCTM menyediakan perkhidmatan rawatan pakar perubatan dan kemudahan penyelidikan untuk penyakit kanser dan apa-apa perkara yang berkaitan dengan penyakit kanser yang dirawat dan transplantasi sel (klinikal dan makmal) yang diselenggarakan oleh Jabatan Radioterapi dan Onkologi serta Pusat Terapi Sel dan Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik.
- UKM dan MAKNA bersetuju untuk bekerjasama dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut:-
- Menjalankan rawatan komprehensif penyakit kanser termasuk kemoterapi, radioterapi, penjagaan paliatif dan lain-lain terhadap pesakit-pesakit di Pusat Kanser HCTM-MAKNA.
- Semua jenis aktiviti transplantasi sel (klinikal dan makmal) bagi pesakit kanser yang dijalankan di Pusat Kanser HCTM-MAKNA.
- Menyediakan aktiviti akademik dan penyelidikan kepada kakitangan klinikal dan kakitangan bukan klinikal termasuk sokongan dan professional yang mana aktiviti akademik dan penyelidikan ini tidak hanya terhad kepada kakitangan UKM tetap juga kakitangan MAKNA.
- Menjalankan aktiviti pendidikan kanser kepada orang ramai.
- Penubuhan Pusat Kanser HCTM-MAKNA sebelum ini telah diketuai oleh Profesor Dato’ Dr. Fuad bin Ismail selaku Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi selama 21 tahun. Bagi menyambung legasi Pusat Kanser HCTM-MAKNA, Dr. Marfu’ah binti Nik Eezamuddeen, Pakar Onkologi Klinikal telah dilantik sebagai Ketua Pusat Kanser HCTM-MAKNA berkuatkuasa pada 17 Ogos 2021 yang lalu.
- Pengurus Jururawat Pusat Kanser HCTM-MAKNA iaitu Puan Ainun Zubaidah Mohamed (U42) bertanggungjawab dalam perkhidmatan jaga rawatan dan pengurusan kejururawatan bagi Pusat ini. Kakitangan Pusat Kanser HCTM-MAKNA adalah terdiri daripada Pakar dan Pegawai Perubatan, Ketua Jururawat, Jururawat, Pembantu Perawatan Kesihatan, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Penyelidik serta Pembantu Tadbir bagi memastikan kelancaran segala hal ehwal perkhidmatan perawatan, pengajaran, penyelidikan, pentadbiran Pusat Kanser HCTM-MAKNA.