Unit Respiratori, Jabatan Perubatan memberi perkhidmatan rawatan dalam kepakaran dan nasihat kepada pesakit respiratori. Di samping itu juga,  menyediakan latihan kepakaran kepada pelajar sarjana perubatan didalam disiplin ini. Diantara perkhidmatan rawatan yang di tawarkan termasuklah untuk penjagaan pesakit dalam dan pesakit luar seperti Pulmonologi Intervensi, Fisiologi Pulmonologi, Sleep Study, Bronkoskopi, Pleuroskopi dan Penjagaan Kritikal iaitu Non-Invasive Ventilator, Bodyplethysmography (Full Lung Function), Spirometri, Bronchodilator Challenge dan 6 Minutes Walking Test. Sebagai sebahagian daripada dasar Unit, pesakit yang menghidap kanser paru-paru akan diberikan rawatan segera dan diberikan keutamaan. Selain itu menyediakan perkhidmatan dan penjagaan kepada pesakit Tuberkulosis yang dirujuk kepada Klinik Respiratori di bawah rawatan lanjutan dan susulan di bawah Klinik TB di bawah Klinik Pakar Perubatan. Disamping itu, turut memberi perkhidmatan diagnostik seperti Prosedur Bronkoskopi, Sleep Study, Ujian Full Lung Function dan Spirometri. Unit Respiratori juga menjalinkan kerjasama dengan Hospital Serdang dalam Program Interventional Pulmonology terutama untuk kes-kes Rigid Bronkoskopi. Perkhidmatan sokongan lain yang disediakan adalah seperti Fisioterapi, Terapi Pekerjaan dan Pemulihan Pulmonari. Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit ini:

  • Perkhidmatan perundingan kepakaran penyakit paru-paru (rujukan luar dan dalam HCTM):
    • Klinik Respiratori di Klinik Perubatan 1
    • Klinik Pakar UKM Kesihatan
  • Merawat pesakit di wad kardiotorasik 6E di mana wad ini mampu menampung kapasiti maksima bilangan katil sebanyak 28 unit.
  • Perkhidmatan jagarawatan intensif di HDW sebanyak 5 buah katil.
  • Lain-lain perkhidmatan makmal pemeriksaan respiratori adalah seperti:
    • Pulmonologi Intervensi
      • Bronkoskopi Rigid
      • Aspirasi Jarum Transbronchial (TBNA)
      • Bronkoskopi
      • Pleuroscopy
      • Pleurodesis poudrage
      • Endobronchial Ultrasound System (EBUS)
      • Endobronchial Navigation System (ENB)
    •  Fisiologi Pulmonari
      • Spirometri
      • Spirometri Pre And Post Nebulizer
      • 6 minit working test
      • Full Lung Function Test
      • Full Lung Function Test Pre And Post Nebulizer
      • Impuls Oscillometry
      • Respiratory Muscle Strength 
    • Sleep Study
      • Polysomnography
      • Limited Sleep Study
      • Continuouse Positive Airway Pressure Trial (CPAP)
      • Split Night Test 
    • Non Invasive Ventilator ( NIV )
      • Bilevel Positive Airway Pressure (BiPAP)

 

  • Menyediakan platfom bagi penempatan latihan sangkutan
    • Feloship kepakaran perubatan respiratori
    • Sangkutan klinikal pelajar pascasiswazah