PENGENALAN

Pusat Jantung dan Paru-Paru atau PJPP yang ditubuhkan pada 20 September 2006, merupakan salah satu Pusat Kecemerlangan di bawah urus tadbir UKM dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Perkhidmatan Pusat Jantung dan Paru-Paru adalah merangkumi tiga bidang perkhidmatan kepakaran klinikal iaitu kepakaran kardiologi, kepakaran respiratori dan kepakaran pembedahan kardiotorasik serta didukung kuat oleh kepakaran bius jantung dan paru-paru.

Perkhidmatan PJPP ini menjalankan integrasi kepakaran antara tiga bidang ini serta disokong oleh perkhidmatan kesihatan bersekutu lain iaitu perkhidmatan kejururawatan, perfusi, pemeriksaan makmal perubatan kardiologi dan respiratori. Kesemua dalam merealisasikan perkhidmatan dan jagarawatan penyakit jantung dan paru-paru dengan lebih realistik dan dedikasi.

 


OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Menyediakan perkhidmatan jagarawatan pesakit jantung dan paru-paru yang komprehensif di Hospital Canselor Tuanku Muhriz
  • Menjadikan Pusat Jantung dan Paru-paru sebagai pusat penyelidikan penyakit Jantung dan Paru-Paru yang ternama.
  • Memberi latihan penjagaan pesakit Jantung dan Paru-paru dalam pelbagai peringkat.
  • Menjadikan Pusat Jantung dan Paru-paru HCTM sebagai tempat kerja pilihan semua profesion yang berkaitan dengan disiplin ini.
  • Menjadikan Pusat Jantung dan Paru-paru sebagai pusat kecemerlangan contoh di UKM.

 


FUNGSI PUSAT 

  • Memberikan rawatan kepakaran kepada pesakit di klinik, wad dan dewan bedah (elektif dan kecemasan)
  • Memberi pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kepakaran Jantung dan Paru-paru kepada pelajar pra-siswazah dan pasca siswazah
  • Menganjurkan seminar/bengkel/persidangan/latihan bagi perkongsian ilmu pengetahuan dalam bidang kepakaran Jantung dan Paru-paru
  • Melibatkan diri secara aktif dalam penyelidikan serta menghasilkan penerbitan khusus dalam bidang jagarawatan Jantung dan Paru-paru
  • Menghasilkan kepakaran berkualiti tinggi dalam bidang rawatan dan penyelidikan dengan menjadikan sebagai pusat latihan jagarawatan jantung dan paru-paru serta sub kepakaran pembedahan kardiotorasik
  • Menjadi pusat rujukan dan latihan kepakaran dalam bidang klinikal, pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang jagarawatan Jantung dan Paru-paru.