Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat HCTM 2022
Majlis Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat HCTM 2022 telah diadakan pada 30 September 2022 di Lobi Utama HCTM.
Bertemakan ‘USE HEART FOR EVERY HEART‘, Jantung adalah organ yang boleh dirasai, didengari, dan tanda permulaan dan pengakhiran bagi setiap kehidupan. Tahun ini, sebahagian daripada misi adalah untuk memastikan ekuiti kesihatan jantung untuk semua, Unit Kardiologi dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, dan lain-lain disiplin perubatan termasuk Jabatan Farmasi, Jabatan Dietetik dan Sajian Pemakanan serta Unit Fisioterapi mengambil inisiatif untuk menjayakan dua (2) program pada hari ini dan esoknya di Sunway Velocity Mall Cheras, KL. Justeru itu, objektif sambutan hari jantung Sedunia adalah melahirkan kesedaran kepada cara hidup sihat, mendidik masyarakat tentang penjagaan jantung sihat melalui aktiviti dan diet yang sihat serta menjauhi rokok, memberi pendedahan berkenaan penyakit jantung dan kesan terhadap populasi di Malaysia. Seterusnnya memperkenalkan Unit Kardiologi yang mampu mengembangkan kesedaran di kalangan warga HCTM serta masyarakat umum kepentingan menjaga jantung.
Majlis ini juga turut diselitkan pelancaran logo Pusat Jantung dan Paru-paru dan aktiviti seperti pameran, ceramah, dan forum turut diadakan sempena sambutan ini. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM. Turut hadir memberikan sokongan YBhg. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Madya Dr. Wan Nur Nafisah Wan Yahya, Ketua Jabatan Perubatan, Dr. Hamat Hamdi Che Hassan, Ketua Unit Kardiologi, dan tetamu khas, YBhg. Dato’ Dr. Oteh Maskon, Pakar Kardiologi, An-Nur Specialist.









