Bengkel Penstrukturan, Pemerkasaan, dan Hala Tuju Pusat Jantung dan Paru-Paru

31 Mar 2022

Bengkel penstrukturan, pemerkasaan dan hala tuju PJPP telah diadakan pada 28-29 Mac 2022 di Bangi Resort Hotel yang lalu. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk menghasilkan kertas kerja yang akan mengandungi maklumat tentang pemerkasaan dan penstrukturan semula Pusat Jantung dan Paru-Paru, dan juga perancangan hala tuju Pusat.

Bengkel ini dihadiri wakil-wakil pakar-pakar dan pengurusan perkhidmatan klinikal dari setiap unit-unit di bawah PJPP. Secara keseluruhan, bengkel ini adalah menuju ke arah memperkukuhkan dan memperkasakan pengurusan dan perkhidmatan tadbir urus PJPP di HCTM dengan gabungan pelbagai disiplin di bawah Pusat Jantung dan Paru-Paru.

Hasil dari kertas kerja ini akan disalurkan kepada pihak pengurusan HCTM sebagai salah satu informasi bagi PJPP sebagai salah satu Pusat Kecemerlangan, seiring dengan pelan strategik HCTM sebagai teras ke-6 iaitu memberi perkhidmatan secara holistik dan seterusnya menjadikan HCTM sebagai sebuah institusi hospital pengajar yang terulung di Malaysia amnya.

 

Search

+