Tahniah Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail
Tahniah Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail atas pelantikan semula Ketua Pusat Jantung dan Paru-paru HCTM mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2025.
Tahniah Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail atas pelantikan semula Ketua Pusat Jantung dan Paru-paru HCTM mulai 1 Julai 2022 sehingga 30 Jun 2025.
Adalah dimaklumkan operasi katil CICU dikurangkan daripada kapasiti 3 katil kepada 2 katil mulai 1 Mei 2022 sehingga dimaklumkan. Pengurungan ini dibuat atas faktor keselamatan pesakit dan kakitangan di CICU.
Tahniah Dr. Hairulfaizi Haron atas kenaikan pangkat ke jawatan Pensyarah Perubatan (Pakar) Gred DU56 (Tanpa Gelaran) berkuatkuasa mulai 14 April 2022
Adalah dimaklumkan CICU Tingkat 2, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz akan ditutup untuk sementara waktu pada 9 Mei 2022 sehingga 13 Mei 2022 (5 hari) bagi memberi laluan kepada pihak Prasarana KKL melakukan kerja-kerja penambahbaikan sistem penghawa dingin dan pemasangan baru penapis udara HEPA.
Bengkel penstrukturan, pemerkasaan dan hala tuju PJPP telah diadakan pada 28-29 Mac 2022 di Bangi Resort Hotel yang lalu. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk menghasilkan kertas kerja yang akan mengandungi maklumat tentang pemerkasaan dan penstrukturan semula Pusat Jantung dan Paru-Paru, dan juga perancangan hala tuju Pusat.
Bengkel ini dihadiri wakil-wakil pakar-pakar dan pengurusan perkhidmatan klinikal dari setiap unit-unit di bawah PJPP. Secara keseluruhan, bengkel ini adalah menuju ke arah memperkukuhkan dan memperkasakan pengurusan dan perkhidmatan tadbir urus PJPP di HCTM dengan gabungan pelbagai disiplin di bawah Pusat Jantung dan Paru-Paru.
Hasil dari kertas kerja ini akan disalurkan kepada pihak pengurusan HCTM sebagai salah satu informasi bagi PJPP sebagai salah satu Pusat Kecemerlangan, seiring dengan pelan strategik HCTM sebagai teras ke-6 iaitu memberi perkhidmatan secara holistik dan seterusnya menjadikan HCTM sebagai sebuah institusi hospital pengajar yang terulung di Malaysia amnya.
Vascular Anastomosis Workshop (Dry Lab) akan diadakan pada 23 Februari 2022 pada jam 2.00-5.00 petang. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua doktor bedah dan pelatih. (Tempat terhad)
Continuous Medical Education : Chest Trauma akan diadakan pada 16 Februari 2022, jam 2.00 petang di Bilik Seminar, Wad 5G Kardiotorasik. CME akan disampaikan oleh Dr. Azri dan penyelia ialah Mr. Isham. CME adalah anjuran Unit Kardiotorasik.
Tahniah kepada Dr. Muhammad Ishamuddin Ismail atas pelantikan sebagai Ketua Pusat Jantung dan Paru-paru HCTM mulai 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022.