Unit Kardiotorasik Surgeri menawarkan perkhidmatan pembedahan dan jagarawatan bagi penyakit jantung dan paru-paru. Unit ini menjalankan aktiviti perkhidmatan klinikal, pengajaran dan pembelajaran yang khusus dalam bidang pembedahan kardiotorasik. Unit Kardiotorasik Surgeri beroperasi setiap hari dengan pembedahan 3 kali seminggu iaitu pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis dan sesi rundingan di klinik pada hari Rabu. Penempatan bagi perkhidmatan pembedahan dan jagarawatan penyakit jantung dan paru-paru Unit Kardiotorasik Surgeri adalah merangkumi Klinik Kardiotorasik di Klinik Perubatan 1, Wad Kardiotorasik 5G di tingkat 5,  Unit Jagaan Rapi Kardiotorasik (CICU) di tingkat 2 dan Dewan Bedah Kardiotorasik 7 juga di tingkat 2 blok klinikal Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unit ini:

  • Perkhidmatan perundingan kepakaran pembedahan jantung dan paru-paru (rujukan luar dan dalam HCTM):
    • Klinik Kardiotorasik di Klinik Perubatan 1
    • Klinik Pakar UKM Kesihatan
  • Merawat pesakit di wad kardiotorasik 5G di mana wad ini mampu menampung kapasiti maksima bilangan katil sebanyak 28 unit.
  • Perkhidmatan jagarawatan intensif pesakit jantung dan paru-paru selepas pembedahan di CICU
  • Pembedahan di dewan bedah kardiotorasik (rujukan luar dan dalam HCTM)
    • 3 kali seminggu untuk elektif bius penuh
    • Kecemasan
  • Senarai perkhidmatan pembedahan jantung dan paru-paru:
    • Coronary Artery Bypass Graft (CABG),
    • Valves replacement and repair surgery,
    • Aortic Aneurysm,
    • Thoracotomy,
    • Video Assisted Thoracoscopic Surgery (VATS),
    • Mediastinal scope,
    • Lung lavage,
    • Excision biopsy,
    • Sternotomy,
    • Wound debridement,
    • Bullectomy,
    • Lobectomy,
    • Thymectomy
    • Chest Injury dan lain-lain
  • Menyediakan platfom bagi penempatan latihan sangkutan
    • Feloship pembedahan kardiotorasik
    • Sangkutan klinikal pelajar pascasiswazah
    • Dari Surgeri Am (3 bulan)
    • Dari Jabatan Kecemasan (1 bulan)
    • Kursus dalaman – Diagnosis ECG
    • Kursus Institusi Luar – Hands-on Echocardiogram dan Advanced ECG ( Hospital Serdang)