Bahagian Pengurusan Korporat, Kampus Kuala Lumpur, UKM atau dahulunya di kenali sebagai Jabatan Perhubungan Awam, HCTM, PPUKM ditubuhkan bersama dengan penubuhan Hospital UKM pada tahun 1997 di bawah pentadbiran Pengarah HUKM. Selaras dengan penstrukturan baharu pada 15 November 2017,  Jabatan Perhubungan Awam telah dijenamakan kepada Bahagian Pengurusan Korporat seiring dengan peranan bahagian ini yang telah diperluaskan dibawah urus tadbir Timbalan Pengarah, Pusat Jaringan, Komunikasi Korporat dan Teknopolis Kesihatan, Kampus Kuala Lumpur, UKM. 

Bermula dengan seorang Pegawai Tadbir (N41) dan dibantu oleh beberapa orang pembantu tadbir secara gunasama dengan kakitangan di Pejabat Pengarah HUKM. Perkembangan bahagian ini mengikut keadaan semasa dan pernah bergabung dengan Jabatan Khidmat Pelanggan. Namun begitu, bahagian ini telah dipisahkan dengan Jabatan Khidmat Pelanggan sekitar tahun 2004/2005 sehingga sekarang. Sepanjang tempoh kewujudan jabatan ini seramai 10 orang Pegawai Tadbir telah mengetuai bahagian ini. Bermula dengan Puan Ina Yasin, Cik Aina Soon, Encik Mohd. Yahya Mohd. Ariffin, Puan Hanuzah Omar, Puan Foziah Hanon Ahmad, Encik Mohd. Marzuki Rashid, Encik Janudin Bakar, Puan Aliza Mansor, Dato’ Harun Bintang dan Puan Sherda Rusland. Pada 23 April 2018, Dato’ Harun Bintang sekali lagi dilantik sebagai ketua dan bertugas hingga kini.