OBJEKTIF
- Bergerak ke arah perkhidmatan perhubungan korporat, protokol dan media yang profesional
bagi meningkatkan citra Kampus Kuala Lumpur. - Menyediakan sistem penyampaian terbaik dalam aspek perhubungan korporat, protokol dan
media kepada pelanggan. - Melaksanakan pengurusan majlis dan protokol mengikut piawaian secara profesional.
- Menyelaras dan memantau penyebaran maklumat yang tepat melalui medium teknologi maklumat, media cetak dan elektronik.
- Merancang penyediaan maklumat perhubungan korporat, protokol dan media yang berkualiti secara komprehensif.
PERANAN
- Bertindak sebagai penasihat aspek perhubungan korporat, protokol dan media kepada pihak pengurusan secara profesional.
- Menyediakan khidmat nasihat dalam perhubungan korporat, protokol dan media secara komprehensif.
- Menyelaras pengurusan korporat khasnya proses lawatan luar dan dalam secara profesional
- Menyelaras pengurusan protokol dan acara secara professional
- Menyelaras pengurusan media dan laman web secara komprehensif
- Menyelaras dan memantau penyebaran maklumat rasmi semasa dengan tepat.
- Memastikan penyediaan bahan maklumat kepada media berdasarkan keperluan.
- Merancang dan melaksana aktiviti publisiti dan promosi perhubungan korporat, protokol dan media secara berterusan.
- Menyelaras penyediaan teks ucapan, kata aluan dan penerbitan korporat secara berterusan.
- Merancang dan mengurus bahan-bahan keperluan bagi aktiviti rasmi perhubungan korporat, protokol dan media.