Sejak penubuhannya pada 1997, Unit Neurologi di HCTM telah memberikan perkhidmatan kepakaran neurologi dalam bidang strok, Parkinsons, epilepsi, neuromuskular dan lain-lain. Perkhidmatan merangkumi rujukan dari wad, klinik, hospital kerajaan dan swasta, ujian makmal neurologi, pengajaran prasiswazah dan pascasiswazah serta penyelidikan. Seramai 9 orang Pakar Neurologi, seorang pegawai sains, seorang pegawai psikologi, 4 orang juruteknologi makmal, 2 jururawat terlatih dan 3 orang pembantu kesihatan yang mengendalikan Unit Neurologi.




Visi
Unit Neurologi Jabatan Perubatan bertekad menjadi pusat perkembangan ilmu, pusat perundingan dan rujukan dalam bidang neurologi yang cemerlang bertaraf antarabangsa menerajui pembinaan tamadun.
Misi
- Melahirkan graduan dan ilmuan yang cekap, berinovatif, beradab, berwawasan dan peka terhadap perkembangan ilmu neurologi.
- Menjadi pusat kegiatan penyelidikan neurologi yang utama dan terpenting di Malaysia.
- Merakam, mengumpul, menyimpan segala bentuk data tentang pengajian neurologi.
- Menjadi pusat kegiatan neurologi terunggul di dunia dengan kegiatan seminar, persidangan dan kegiatan akademik yang lain
Makmal
- Ujian Elektroenkefalogram
- Konduksi saraf
- Elektromiogram
- Video telemetri
- Stimulasi Transkranial Magnetik
- Potensi Evoke
- Analisis Pergerakan
Klinik
- Perkhidmatan Pakar Neurologi
- Suntikan Botox
Wad
- Rawatan Strok Akut
- Rawatan Neurologi
- Perkhidmatan Pakar Neurologi