SAMBUTAN HARI EPILEPSI SEDUNIA PERINGKAT HCTM
Sambutan Hari Epilepsi 2023 anjuran Unit Neurologi Jabatan Perubatan akan diadakan pada 21 Februari 2023 (Selasa) jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna, Tingkat 9, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz.
Sambutan ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan serta meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit epilepsi. Program ini menyasarkan pesakit yang menghidap epilepsi, penjaga pesakit, dan pegawai perubatan yang terlibat dalam penjagaan pesakit tersebut. Selain dari itu, program ini juga akan membincang penambahbaikan pengurusan pesakit epilepsi untuk kehidupan
yang lebih berkualiti.
