PROGRAM LAWATAN RUMAH JAGAAN WARGA EMAS MAHMUDAH, SEMENYIH
Semenyih, 14 Oktober 2023 –Unit Geriatrik salah satu daripada 12unit di Jabatan Perubatan telah berjaya melaksanakan Program Khidmat Masyarakat iaitu Program Lawatan Rumah Jagaan Mahmudah di Semenyih, Selangor pada 14 Oktober 2023 (Sabtu) bermula pada 8 pagi sehingga 3 petang. Majoriti peserta dan barang- barang telah dibawa menaiki bas ke pusat jagaan . Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dr. Tan Juen Kiem iaitu Pakar Klinikal Geriatrik sebagai pengerusi program lawatan. Program lawatan ini bertemakan Kami Sayang Warga Emas telah mendapat peruntukan daripada KPT Prihatin, Madani , Hospital Canselor Tuanku Muhriz.dan Persatuan Geriatrik Malaysia.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program lawatan ini adalah saringan kesihatan, sumbangan keperluan asas, cenderahati buat penghuni dan staf serta sesi ramah mesra dan acara sukaneka. Program ini telah memberikan banyak faedah kepada para peserta HCTM dan penghuni rumah jagaan itu sendiri dari segi menerapkan nilai murni , menyantuni golongan emas dan terpinggir disamping mempraktiskan konsep ‘membawa hospital ke rumah’.
Objektif program lawatan ini diadakan adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memantapkan lagi perkhidmatan berbentuk community for community (K4K) bagi tujuan membina integrasi sosial di kalangan komuniti setempat secara holistik. Disamping itu juga, ia dapat memupuk budaya berkhidmat kepada masyarakat dikalangan kakitangan hospital dalam menyalurkan sumbangan yang berupa lampin pakai buang, makanan dan barang mandian. Segala sumbangan yang telah diberikan diharapkan dapat meringankan beban pengurusan pusat jagaan yang menelan kos yang tinggi setiap bulan dalam memastikan kelangsungan hidup penghuni rumah jagaan.
Program lawatan ini telah dijayakan seramai lebih seratus orang termasuk kakitangan sebagai peserta, penghuni dan petugas Pusat Jagaan Mahmudah. Setelah selesai penyampaian hadiah dan sumbangan, program lawatan ini menutup tirai pada jam 2 petang dan kakitangan pulang ke HCTM.
Semenyih, 14 October 2023 – The Geriatric Unit under the Department of Medicine, HCTM has successfully conducted Mahmudah Care Home Visit in Semenyih, Selangor on 14 October 2023 as part of our corporate social responsibility initiative. Majority of hospital staffs travelled via hospital bus. The opening ceremony was completed by Dr. Tan Juen Kiem, Geriatric Clinical Specialist as chairman of the programme. The visit programme themed ‘We Care for the Elderly’ has been sponsored by KPT Prihatin, Madani Hospital Canselor Tuanku Muhriz and Malaysian Society of Geriatric Medicine.
Among the activities carried out during this visit program were health screenings, donations of basic necessities, ice breaking session, lunch and friendly yet fun games which was the highlight of the event . This programme intended to nurture mindfulness and appreciation towards the unfortunate elders by applying good values, attitudes and practices of mutual respect. Our aim to practise the concept of ‘bringing hospital to home’ was also achieved during this event
Furthermore, the government’s desire to strengthen community for community (K4K) services for the purpose of building social integration among local communities was well translated that day. Items such as disposable diapers, food and toiletries were donated to ease their burden particularly when we realised that monthly costs to sustain the home was rather high.






