Hari Epilepsi Antarabangsa 2022
Sempena Hari Epilepsi Antarabangsa 2022 yang jatuh pada bulan Februari, Unit Neurologi Jabatan Perubatan akan menganjurkan ceramah kesedaran Epilepsi dan forum bersama pesakit.
Epilepsi adalah keadaan berlakunya cetusan aktiviti renjatan elektrik di luar kawal atau secara mendadak di dalam otak. Ini mengakibatkan gangguan pada sel saraf yang menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik. Epilepsi tidak terhad kepada sawan sahaja tetapi boleh membawa kepada ‘sudden unexpected death in epilepsy’ atau SUDEP. Namun, epilepsi boleh dikawal melalui rawatan yang bersesuaian.
Aktiviti ini akan diadakan pada 8 Februari 2022, jam 8.00 pagi hingga 11.30 pagi, secara maya melalui Zoom. Orang awam dan warga HCTM/UKM yang berminat, boleh membuat pendaftaran dengan imbas QR Code dalam PDF yang disertakan.