Sambutan Program Hari Diabetes Sedunia peringkat HCTM 2022
CHERAS, 12 November 2022 – Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2022 Peringkat HCTM anjuran Unit Endokrin, Jabatan Perubatan telah diadakan di Lobi Utama HCTM. Program ini diadakan setiap tahun bagi memberi kesedaran mengenai penyakit Diabetes dan maklumat mengenai penyakit ini. Seramai 220 orang peserta yang terdiri daripada pesakit dan kakitangan telah menyertai program ini yang bermula seawal jam 7.30 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Profesor Madya Dr. Norasyikin A. Wahab, Ketua Unit Endokrin dan majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs.Prof. Madya Dr. Wan Nur Nafisah Wan Yahya, Ketua Jabatan Perubatan. Beberapa aktiviti menarik seperti senamrobik, zumba, Fun Walkathon, ceramah kesihatan, kuiz, pertandingan mewarna kanak-kanak, dan saringan kesihatan telah diadakan pada hari tersebut. Turut hadir dalam program Pn. Masrifah Zakaria, Ketua Jabatan Kejururawatan.






