Majlis Sambutan Warga Emas Peringkat HCTM

28 Oct 2022

Majlis Sambutan Warga Emas Peringkat HCTM telah diadakan pada pagi tadi di Lobi Utama HCTM. Majlis anjuran Unit Geriatrik, Jabatan Perubatan telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan).Tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan dalam penjagaan dan perawatan warga emas. Menurut laporan perangkaan suku pertama tahun 2021, komposisi penduduk warga emas berusia 65 tahun ke atas meningkat daripada 2.26 juta orang kepada 2.37 juta bagi tempoh sama. Dianggarkan lebih kurang 705 orang pesakit Geriatrik mendapat rawatan di HCTM bermula bulan Mei 2019 hingga September 2022 dan jumlah ini semakin meningkat pada setiap tahun. Perkhidmatan rehabilitasi seperti fisioterapi, terapi pertuturan bahasa, dietetik dan terapi carakerja amat penting kepada warga emas untuk menstabilkan keadaan semasa mereka dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Search

+