Webinar Penjagaan Diabetes Semasa Ramadan
Sempena Jubli Perak HCTM dan kehadiran Bulan Ramadan tidak lama lagi, Jabatan Perubatan HCTM menganjurkan webinar bertajuk ‘Penjagaan Diabetes Semasa Ramadan’ yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Norlaila Mustafa, Pakar Perunding Endokrinologi & Perubatan, Jabatan Perubatan HCTM. Webinar akan diadakan pada 22 Mac 2022 (Selasa) pada jam 3.00 petang, secara langsung di FB HCTM dan Platform Zoom. Warga HCTM dan UKM serta orang awam khususnya penghidap Diabetes dijemput untuk menonton webinar ini.
