Rakaman lensa aktiviti Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2022
Rakaman lensa aktiviti-aktiviti yang diadakan Sempena Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2022 HCTM, Unit Nefrologi, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan HCTM dengan kerjasama National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) & Malaysian Society Nephrology (MSN). Program ini telah diadakan pada 12 Mac 2022 (Sabtu) yang lepas bertempat di Auditorium, HCTM. Aktiviti seperti Ceramah kesihatan, kuiz dalam talian, zumba, Treasure Hunt, cabaran jump rope, pameran, dan jualan booth diadakan pada hari tersebut. Seramai 200 orang peserta termasuk pelajar menyertai aktiviti ini dan dianggarkan seramai 1,500 orang penonton melihat siaran atas talian forum dan pelancaran melalui Facebook.











