Unit Penyakit Berjangkit merupakan suatu unit di bawah Jabatan Perubatan yang diketuai oleh Professor Madya Dr. Petrick @ Ramesh A/L Periyasamy. Unit ini ditubuhkan pada tahun 2011 oleh beliau. Unit Penyakit Berjangkit juga dianggotai oleh Dr. Najma Kori, Pakar Penyakit Berjangkit dan Perubatan sejak tahun 2018.
Unit ini berfungsi dalam
1. Memastikan penggunaan antibiotik secara rasional di HCTM
2. Pemantauan epidemiologi bagi penyakit-penyakit yang disebabkan oleh organisma Multi-Drug Resistant
3. Rawatan pesakit HIV & AIDS beserta jangkitan oportunistik melalui jalur pesakit luar (outpatient) dan dalam (inpatient)
4. Rawatan pesakit COVID-19
1. Klinik Penyakit Berjangkit
2. Konsultasi Antibiotik dan AntiMikroba
3. Konsultasi Penyakit Berjangkit
Klinik Penyakit Berjangkit
Hari Selasa sahaja kecuali Cuti Umum
8.00 pagi – 2.00 petang
Konsultasi Antibiotik dan AntiMikroba & Penyakit Berjangkit
Isnin – Jumaat
8.00 pagi – 5.00 petang
Klinik Perubatan 1,
Aras Bawah, Bangunan Klinikal
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
No.Telefon: 03-9145 7661