Misi Bantuan Bencana Banjir bantu 80 keluarga di Temerloh

24 Feb 2021

Program Khidmat Masyarakat ‘Misi Bantuan Bencana Banjir’ anjuran Jabatan Perubatan telah diadakan pada 20 Februari 2021 yang lalu, di Masjid Kg. Tebal Seberang, Temerloh.

Seramai 14 orang wakil kakitangan telah menyertai misi ini dan mengagihkan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM100 dan keperluan harian bernilai RM75 kepada 80 buah keluarga di Kg. Tebal Seberang dan Kg. Padang Tenggala Temerloh yang terjejas akibat banjir. Wang sumbangan juga disalurkan kepada Masjid Kg Tebal Seberang yang turut terjejas oleh bencana banjir.

Sumbangan adalah daripada hasil kutipan kakitangan HCTM yang bertugas di Jabatan Perubatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Jabatan Surgeri, Jabatan Otorinolaringologi, Jabatan Radioterapi, Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Jabatan Kualiti, Unit Telefonis JKKKP dan Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan. Program ini berjaya mengutip sumbangan sebanyak RM 15, 642 .

Program kemasyarakatan ini diharapkan dapat meringankan sedikit musibah yang menimpa mangsa banjir di Kg. Tebal Seberang dan Kg. Padang Tenggala Temerloh.

Search

+