LATAR BELAKANG

Pengurusan risiko di HCTM bermula pada tahun 2016 berikutan penubuhan Jawatankuasa Risiko dan pelantikan Pegawai Risiko di semua Fakulti/Institut/Pusat selaras penstrukturan dan penubuhan Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM (ROSH-UKM). Pada tahun 2016 – 2019, pengurusan risiko diletakkan di bawah Pejabat Pengarah HCTM. Pada tahun 2020, pengurusan risiko diletakkan di bawah Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKKP). Seterusnya pada 22 Disember 2020, Unit Pengurusan Risiko ditubuhkan di HCTM.

 

FUNGSI JABATAN

Bertanggungjawab menyokong Jawatankuasa Pengurusan Risiko peringkat Pengurusan untuk melaksanakan peranan pengawasan risiko, pembangunan kerangka kerja, perumusan dasar dan metodologi, serta pemantauan dan pelaporan isu-isu utama risiko secara bebas.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Khidmat nasihat/perundingan berkait pengurusan risiko.