LAWATAN PENANDA ARAS CAWANGAN RISIKO, BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO & INSPEKTORAT MARA KE UNIT PENGURUSAN RISIKO HCTM

11 Aug 2025

LAWATAN PENANDA ARAS CAWANGAN RISIKO, BAHAGIAN PENGURUSAN RISIKO & INSPEKTORAT MARA KE UNIT PENGURUSAN RISIKO HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ

Pada 11 Ogos 2025 (Isnin), Cawangan Risiko, Bahagian Pengurusan Risiko & Inspektorat MARA telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Unit Pengurusan Risiko Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Delegasi telah diketuai oleh Puan Alhamdura Mustapha, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Risiko & Inspektorat MARA.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dengan lebih dekat aspek tadbir urus dan sistem pengurusan risiko yang diamalkan oleh pihak tuan, selaras dengan usaha MARA untuk memperkukuhkan amalan pengurusan risiko di peringkat organisasi.

Sesi lawatan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Professor Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), mewakili Pengurusan HCTM diikuti dengan taklimat disampaikan oleh Dr. Abdul Rashid Abdul Kader, Ketua Unit Pengurusan Risiko.

Search

+