PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT PUSAT PENGURUSAN RISIKO (RISK) UNIVERSITI MALAYA KE UNIT PENGURUSAN RISIKO HCTM

11 Sep 2026

Pada 07 September 2026 (Isnin), Pusat Pengurusan Risiko (RISK) Universiti Malaya telah mengadakan Program Kunjungan Hormat Ke Unit Pengurusan Risiko Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Delegasi telah diketuai oleh Puan Faizatul Lela Jafar, Pengarah Pusat Pengurusan Risiko (RISK) Universiti Malaya (UM)

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mendapatkan perkongsian pengetahuan dan pengalaman berkaitan aspek tadbir urus dan sistem pengurusan risiko yang diamalkan diamalkan oleh pihak tuan, selaras dengan usaha RISK Universiti Malaya untuk memperkukuhkan amalan pengurusan risiko di peringkat organisasi disamping membina jaringan kerjasama dan perkongsian kepakaran secara berterusan antara RISK, UM dan HCTM, UKM.

Sesi lawatan dimulai dengan ucapan alu-aluan dan taklimat yang disampaikan oleh Dr. Abdul Rashid Abdul kader, Ketua Unit Pengurusan Risiko, HCTM.

 

 

Search

+