Perkhidmatan
Perkhidmatan Dewan Bedah menyediakan perkhidmatan klinikal yang diberikan oleh pakar-pakar perunding daripada lebih tiga puluh lima sub kepakaran pembedahan dan anestetik seperti di bawah:
| Perkhidmatan kepakaran | Perkhidmatan sub kepakaran |
| Surgeri | Surgeri Gastroenterologi & Bariatrik |
| Hepatobiliari & Pankreatik | |
| Payudara & Endokrin | |
| Vaskular | |
| Kolorektal | |
| Plastik & Rekonstruktif | |
| Surgeri Pediatrik | |
| Bedah Mulut & Maksilofasial | |
| Kardiotorasik | |
| Neurosurgeri | |
| Urologi | |
| Oftalmologi | Glaukoma |
| Kornea | |
| Vitreo-Retina | |
| Oftalmologi Pediatrik | |
| Okuloplastik | |
| Ortopedik & Traumatologi | Ortopedik Pediatrik |
| Pembedahan Spinal | |
| Tangan dan Pembedahan Mikro | |
| Arthroplasti | |
| Kecederaan Sukan | |
| Ortopedik Onkologi | |
| Kecederaan kaki dan buku lali | |
| Otorinolaringologi | Otologi |
| Rinologi dan Dasar Kepala | |
| Laringologi | |
| Pembedahan Kepala dan Leher | |
| Anestesiologi & Rawatan Intensif | Pembiusan Pediatrik |
| Pembiusan Kardiotorasik | |
| Radioterapi & Onkologi | Brakiterapi |
| Perubatan | Kardiologi |
| Radiologi | Radiologi Intervensi |
| Obstetrik & Ginekologi | Perubatan Maternal Fetal |
| Gine Onkologi | |
| Infertiliti | |
| Uro-ginekologi |
Selaras untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pembedahan yang diberikan, Perkhidmatan Dewan Bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz cakna dengan keperluan pemantauan indikator-indikator kualiti yang mempu pemacu kecemerlangan perkhidmatan klinikal ini. PTj ini telah menggariskan lima indikator kualiti seperti berikut:
- Pematuhan kepada amalan Safe Surgery Saves Lives melalui audit kendiri, dalaman dan audit luar
- Peratus pembatalan kes pembedahan elektif kurang daripada 10%
- Peratus pesakit yang memerlukan pembedahan ulangan dalam jangkamasa 24 jam adalah 0%
- Peratus pesakit yang menjalani pembedahan kecemasan dan terpaksa menunggu lebih 24 jam adalah kurang daripada 1%
- Peratus pesakit yang menjalani pembedahan Lower Segment Caesarean Section (LSCS) atas indikasi fetal distress yang terpaksa menunggu lebih 30 minit sebelum pembedahan dijalankan adalah kurang daripada 0%
Pencapaian Perkhidmatan Dewan Bedah bagi lima indikator kuantitatif adalah seperti berikut:
Audit kendiri pematuhan kepada amalan Safe Surgery Saves Lives (SSSL) menunjukkan indikator kualiti yang sangat memberangsangkan dengan pencapaian setinggi 99.55% bagi tahun 2020-2022.

Carta bar menunjukkan trend peratus pembatalan kes elektif di Dewan Bedah HCTM bagi tahun 2020-2022. Peratus pembatalan kes menunjukkan indikator kualiti yang memberangsangkan dengan pencapaian purata 3.49% sepanjang tahun 2020-2022.

Carta bar menunjukkan trend pesakit yang terpaksa menjalani pembedahan ulangan dalam jangkamasa 24 jam di Dewan Bedah HCTM pada 2020-2022. Peratus kes yang terlibat menunjukkan indikator kualiti yang agak memberangsangkan dengan pencapaian purata 0.1% sepanjang tiga tahun data yang dicerapkan bagi tahun 2020-2022. Langkah-langkah penambahbaikan dan pencegahan sedang diambil bagi memperbaiki pencapaian Dewan Bedah HCTM dalam indikator kualiti ini.

Carta bar menunjukkan trend pesakit yang menjalani pembedahan kecemasan dan terpaksa menunggu lebih 24 jam di Dewan Bedah HCTM pada 2020-2022. Peratus kes yang terlibat menunjukkan indikator kualiti yang kurang memberangsangkan dengan pencapaian 1.84% sepanjang tiga tahun data yang dicerapkan pada tahun 2020-2022. Langkah-langkah penambahbaikan dan pencegahan sedang diambil bagi memperbaiki pencapaian Dewan Bedah HCTM dalam indikator kualiti ini.

Carta bar menunjukkan trend pesakit yang menjalani pembedahan Lower Segment Caesarean Section (LSCS) atas indikasi fetal distress yang terpaksa menunggu lebih 30 minit sebelum pembedahan dijalankan di Dewan Bedah HCTM pada 2020-2022. Peratus kes yang terlibat menunjukkan indikator kualiti yang kurang memberangsangkan dengan pencapaian 0.94% sepanjang tiga tahun data yang dicerapkan pada tahun 2020-2022. Langkah-langkah penambahbaikan dan pencegahan sedang diambil bagi memperbaiki pencapaian Dewan Bedah HCTM dalam indikator kualiti ini.
Tarikh Kemaskini: 7 Februari 2023