Visi
Perkhidmatan Dewan Bedah beriltizam menjadi pusat rujukan perkhidmatan pembedahan yang unggul dan memberi sokongan kepada keperluan akademik serta penyelidikan Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Misi
Memberi perkhidmatan berkaitan pembedahan yang berkualiti, cekap, tepat dan selamat kepada pesakit melalui pakar anestesiologi, pembedahan dan kejururawatan yang berpengalaman serta berkemahiran di samping kemudahan perubatan dengan teknologi terkini.
Objektif
- Menyediakan perkhidmatan berkaitan pembedahan yang berkualiti selaras dengan tahap penjagaan kesihatan yang disarankan.
- Mengembangkan dan memajukan perkhidmatan pembedahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sesuai untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada pesakit.
- Menyokong program-program latihan kepakaran dan sub-kepakaran untuk Pakar dan Pegawai Perubatan serta Kumpulan Paramedik dalam perkhidmatan anestesiologi dan pembedahan
- Mengadakan/menyediakan program latihan untuk semua kakitangan terutamanya Pakar dan Pegawai Perubatan, Pegawai Perubatan lepasan ijazah (Program Latihan Sarjana Pembedahan dan Anestesiologi), Pegawai Perubatan Siswazah dan kumpulan paramedik.
- Menyokong projek-projek penyelidikan klinikal dan aktiviti peningkatan kualiti secara berterusan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan yang disediakan.