Pengenalan

Dewan Bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz telah mula berfungsi sejak hospital ini memulakan operasinya pada 14 Julai 1998. Dewan bedah telah menjadi rumah kepada pelbagai kes-kes pembedahan minor dan kompleks, sesuai dengan fungsi hospital tertiari yang menerima rujukan bukan sahaja daripada seluruh Malaysia, bahkan daripada negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Brunei dan juga negara lain seperti Somalia. Tambahan lagi, cabang perkhidmatan ini telah menyediakan ruang praktikulum pembedahan dan rawatan anestetik kepada pelajar-pelajar Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia daripada pelbagai peringkat pengajian termasuk ijazah, siswazah dan pascasiswazah. Pada peringkat awal penubuhannya, perkhidmatan ini diselaraskan oleh pengurus kejururawatan dengan perolehan aset dan bajet di bawah setiap jabatan klinikal pembedahan yang beroperasi di bawahnya.

Seiring dengan perkembangan dalam kompleksiti kes-kes pembedahan yang memerlukan pengurusan aset yang lebih mantap, Perkhidmatan Dewan Bedah telah dinaiktaraf menjadi sebuah pusat tanggungjawab (PTj) di bawah perkhidmatan klinikal berkuatkuasa pada 1 Januari 2018. Langkah tersebut merupakan suatu permulaan kepada penaik tarafan pengoperasian PTj ini, dan dilihat mampu memberikan perkhidmatan pembedahan yang lebih berkualiti, selamat dan seiring dengan peredaran masa.

 


Peranan Perkhidmatan Dewan Bedah

  • Menyediakan kepakaran pembedahan dan sokongan pembedahan kepada pesakit.
  • Menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam suasana yang bersesuaian untuk menjalankan pembedahan elektif dan kecemasan kepada pesakit supaya dapat mengurangkan kesakitan, mengurangkan komplikasi, menyelamatkan nyawa dan mendorong pemulihan awal pesakit.
  • Menyedia dan memberi kemudahan perawatan sebelum, semasa dan selepas pembedahan kepada pesakit mengikut kemampuan unit berorentasikan kepuasan pelanggan.
  • Memberi perkhidmatan pembiusan secara am (general), tempatan (local), kawasan regional, dan melakukan penilaian pra anestesia serta pengendalian rawatan pos anestesia kepada pesakit secara sistematik.
  • Menyediakan keperluan yang secukupnya bagi memastikan aktiviti perawatan pembedahan dapat dilakukan secara efektif dan teratur.
  • Memastikan pembasmian kuman dilakukan secara berkesan dan sistematik begi mengurangkan risiko jangkitan pada luka pembedahan.

 


Perkhidmatan Kepakaran dan Sub Kepakaran

Perkhidmatan Dewan Bedah berdiri teguh dengan sokongan perkhidmatan klinikal yang diberikan oleh pakar-pakar perunding daripada lebih 35 sub kepakaran pembedahan dan anestetik seperti di bawah:

Perkhidmatan kepakaran Perkhidmatan sub kepakaran
Surgeri Surgeri Gastroenterologi & Bariatrik
Hepatobiliari & Pankreatik
Payudara & Endokrin
Vaskular
Kolorektal
Plastik & Rekonstruktif
Surgeri Pediatrik
Bedah Mulut & Maksilofasial
Kardiotorasik
Neurosurgeri
Urologi
Oftalmologi Glaukoma
Kornea
Vitreo-Retina
Oftalmologi Pediatrik
Okuloplastik
Ortopedik & Traumatologi Ortopedik Pediatrik
Pembedahan Spinal
Tangan dan Pembedahan Mikro
Arthroplasti
Kecederaan Sukan
Ortopedik Onkologi
Kecederaan kaki dan buku lali
Otorinolaringologi Otologi
Rinologi dan Dasar Kepala
Laringologi
Pembedahan Kepala dan Leher
Anestesiologi & Rawatan Intensif Pembiusan Pediatrik
Pembiusan Kardiotorasik
Radioterapi & Onkologi Brakiterapi
Perubatan Kardiologi
Radiologi Radiologi Intervensi
Obstetrik & Ginekologi Perubatan Maternal Fetal
Gine Onkologi
Infertiliti
Uro-ginekologi

 

Perkhidmatan Dewan Bedah disokong oleh fasiliti pembedahan yang canggih dan staf klinikal dan sokongan terlatih di bawah sub PTj seperti berikut:

  1. Dewan Bedah Surgeri
  2. Dewan Bedah Ortopedik
  3. Dewan Bedah Oftalmologi
  4. Dewan Bedah Otorinolaringologi
  5. Dewan Bedah Obstetrik & Ginekologi
  6. Dewan Bedah Brakiterapi
  7. Dewan Bedah Minor
  8. Makmal Kardiovaskular
  9. Perkhidmatan Angiografi
  10. Perkhidmatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif
  11. Perkhidmatan Kejururawatan
  12. Pusat Jagaan Harian Surgeri
  13. Unit Khidmat Steril
  14. Unit Pentadbiran
  15. Unit Respiratori

 

Fasiliti Perkhidmatan Dewan Bedah terbahagi kepada beberapa lokasi di sekitar kompleks perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Lokasi-lokasi tersebut adalah seperti butiran berikut:

  1. Dewan Bedah Utama : 16 Bilik Bedah  (Tingkat 2, Blok Klinikal)
  2. Dewan Bedah O&G :  5 Bilik Bedah  (Tingkat 1)
  3. Dewan Bedah Brakiterapi: 1 Bilik Bedah (Sub basement)
  4. Dewan Bedah Minor:  3 Bilik Bedah  (Ground Floor)
  5. Angio Suite         :  2 Bilik Bedah (Ground Floor)
  6. Unit Khidmat Steril :  Sub basement
  7. Pusat Jagaan Harian Surgeri :  Tingkat 2 (Blok Klinikal)
  8. Pejabat Perkhidmatan Dewan Bedah   :  Tingkat 2 (Blok Klinikal)