
Selaras dengan aspirasi pengurusan hospital untuk menaik taraf PTj Perkhidmatan Dewan Bedah, organisasi PTj ini dilihat berada dalam suatu situasi yang unik dimana governans klinikal dan pentadbiran perlu dilihat dalam dua perspektif yang berbeza. Organisasi pentadbiran Perkhidmatan Dewan Bedah dirangkumkan di dalam carta organisasi berikut di mana PIC diberi kuasa oleh Pengarah HCTM.
Dari segi pengoperasian klinikal, setiap sub PTj diketuai pakar perunding, yang menaung perkhidmatan pakar pembedahan, pegawai perubatan dan staf klinikal yang memberi perkhidmatan klinikal di dewan bedah subPTj tersebut. Setiap pakar perunding memberikan khidmat di bawah organisasi pentadbiran jabatan-jabatan klinikal yang diketuai oleh seorang Ketua Jabatan yang bertugas di Hospital Canselor Tuanku Muhriz dan juga di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.