Perkhidmatan

Perkhidmatan Dewan Bedah menyediakan perkhidmatan klinikal yang diberikan oleh pakar-pakar perunding daripada lebih tiga puluh lima sub kepakaran pembedahan dan anestetik seperti di bawah:

Perkhidmatan kepakaran Perkhidmatan sub kepakaran
Surgeri Surgeri Gastroenterologi & Bariatrik
Hepatobiliari & Pankreatik
Payudara & Endokrin
Vaskular
Kolorektal
Plastik & Rekonstruktif
Surgeri Pediatrik
Bedah Mulut & Maksilofasial
Kardiotorasik
Neurosurgeri
Urologi
Oftalmologi Glaukoma
Kornea
Vitreo-Retina
Oftalmologi Pediatrik
Okuloplastik
Ortopedik & Traumatologi Ortopedik Pediatrik
Pembedahan Spinal
Tangan dan Pembedahan Mikro
Arthroplasti
Kecederaan Sukan
Ortopedik Onkologi
Kecederaan kaki dan buku lali
Otorinolaringologi Otologi
Rinologi dan Dasar Kepala
Laringologi
Pembedahan Kepala dan Leher
Anestesiologi & Rawatan Intensif Pembiusan Pediatrik
Pembiusan Kardiotorasik
Radioterapi & Onkologi Brakiterapi
Perubatan Kardiologi
Radiologi Radiologi Intervensi
Obstetrik & Ginekologi Perubatan Maternal Fetal
Gine Onkologi
Infertiliti
Uro-ginekologi

 


Selaras untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pembedahan yang diberikan, Perkhidmatan Dewan Bedah Hospital Canselor Tuanku Muhriz cakna dengan keperluan pemantauan indikator-indikator kualiti yang mempu pemacu kecemerlangan perkhidmatan klinikal ini. PTj ini telah menggariskan lima indikator kualiti seperti berikut:

  • Pematuhan kepada amalan Safe Surgery Saves Lives melalui audit kendiri, dalaman dan audit luar
  • Peratus pembatalan kes pembedahan elektif kurang daripada 10%
  • Peratus pesakit yang memerlukan pembedahan ulangan dalam jangkamasa 24 jam adalah 0%
  • Peratus pesakit yang menjalani pembedahan kecemasan dan terpaksa menunggu lebih 24 jam adalah kurang daripada 1%
  • Peratus pesakit yang menjalani pembedahan Lower Segment Caesarean Section (LSCS) atas indikasi fetal distress yang terpaksa menunggu lebih 30 minit sebelum pembedahan dijalankan adalah kurang daripada 0%

 

Pencapaian Perkhidmatan Dewan Bedah bagi lima indikator kuantitatif adalah seperti berikut:

Audit kendiri pematuhan kepada amalan Safe Surgery Saves Lives (SSSL) menunjukkan indikator kualiti yang sangat memberangsangkan dengan pencapaian setinggi 99.55% bagi tahun 2020-2022.

Carta bar menunjukkan trend peratus pembatalan kes elektif di Dewan Bedah HCTM bagi tahun 2020-2022. Peratus pembatalan kes menunjukkan indikator kualiti yang memberangsangkan dengan pencapaian purata 3.49% sepanjang tahun 2020-2022.

 

 

Carta bar menunjukkan trend pesakit yang terpaksa menjalani pembedahan ulangan dalam jangkamasa 24 jam di Dewan Bedah HCTM pada 2020-2022. Peratus kes yang terlibat menunjukkan indikator kualiti yang agak memberangsangkan dengan pencapaian purata 0.1% sepanjang tiga tahun data yang dicerapkan bagi tahun 2020-2022. Langkah-langkah penambahbaikan dan pencegahan sedang diambil bagi memperbaiki pencapaian Dewan Bedah HCTM dalam indikator kualiti ini.

 

Carta bar menunjukkan trend pesakit yang menjalani pembedahan kecemasan dan terpaksa menunggu lebih 24 jam di Dewan Bedah HCTM pada 2020-2022. Peratus kes yang terlibat menunjukkan indikator kualiti yang kurang memberangsangkan dengan pencapaian 1.84% sepanjang tiga tahun data yang dicerapkan pada tahun 2020-2022. Langkah-langkah penambahbaikan dan pencegahan sedang diambil bagi memperbaiki pencapaian Dewan Bedah HCTM dalam indikator kualiti ini.

 

 

Carta bar menunjukkan trend pesakit yang menjalani pembedahan Lower Segment Caesarean Section (LSCS) atas indikasi fetal distress yang terpaksa menunggu lebih 30 minit sebelum pembedahan dijalankan di Dewan Bedah HCTM pada 2020-2022. Peratus kes yang terlibat menunjukkan indikator kualiti yang kurang memberangsangkan dengan pencapaian 0.94% sepanjang tiga tahun data yang dicerapkan pada tahun 2020-2022. Langkah-langkah penambahbaikan dan pencegahan sedang diambil bagi memperbaiki pencapaian Dewan Bedah HCTM dalam indikator kualiti ini.

Tarikh Kemaskini: 7 Februari 2023